jump to navigation

KASBI 09: Buat Mereka Yang Mahu Berfikir .. December 27, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
trackback

Bismillahi Walhamdulillah …

Rafak takzim buat Tuhan pemilik jiwa ini. Salam selawat buat Baginda junjungan SAW.

Kesibukan yang memakan tenaga dan masa. Sudah lama ingin menukilkan sedikit perkongsian pengalaman. Ceritera anak muda yang sudah lama tidak mengenakan but emasnya. Perjalanan hidup yang panjang ini pasti menemukan kita dengan tetingkap yang senantiasa terbuka dengan ma’nawi (makna-makna) tarbiyyah. Ianya adalah kesempatan yang diberikan buat diri ini mengutip sedikit pemerhatian untuk dikongsikan atau setidaknya untuk bekalan diri menempuh liku dakwah yang panjang. Berikut merupakan sedikit analisa picisan yang telah saya tuliskan sehabisnya Karnival Sukan Belia Nasional 2009 (KASBI 09). Dimurnikan sedikit ayatnya untuk tatapan umum.

KASBI 09 yang penuh warna-warni menutup tirai dengan pelbagai pengajaran bagi mereka yang tidak pernah jemu mengutip mutiara hidup untuk bekalan di hari mendatang. Alhamdulillah, saya diamanahkan membawa pergi dan pulang panji Kontinjen Melaka. Mungkinnya cabaran yang terhidang banyak kurangnya dari pemegang panji badar. Namun, cukuplah untuk saya rasakan ianya suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh jiddiyah dan rasa ketaqwaan.Alhamdulillah, Kontinjen Melaka pulang dengan 3 kejuaraan di samping kenangan manis yang pelbagai.

Mari kita lihat sejenak apa yang berlaku di sebalik kejayaan merangkul Kejuaraan Kesuluruhan KASBI 2009.

Petronas TA – Blessing in Disguise?

Petronas memasuki fasa yang mereka berikan gelaran Turnaround atau ringkasnya TA. Kebanyakan AJK PEMBINA Melaka merupakan Jurutera yang terlibat. Kerja setiap hari selama 12 jam samada shift malam ataupun siang. Dengan hampir lebih separuh tenaga AJK PEMBINA terguna di lapangan kerja, ahli mesyuarat PEMBINA Melaka hampir-hampir tidak tahu sejauh mana kekuatan kontinjen dengan senarai para pemain kelihatan samar-samar. Pasukan apa yang ingin dihantar pun masih tidak tahu.

Kelibat pertahanan kental seperti Bro. Sani dan Harris, midfield libero seperti Lukman, Syidi dan Aizat serta yang lain-lainnya memakai baju kuning PETRONAS kelihatan tidak sedikitpun membantu persiapan kontinjen Melaka untuk ke KASBI kali ini.

Namun begitu, sedikit tazkirah yang tidak juga sedikit pengajarannya, mungkin sekiranya TA tidak berlaku, mereka ini akan pakat bermain sama dan kontinjen Melaka tidak pulang dengan apa-apa pingat? Sedikit sarcasm, namun mari kita imbas secara kritis. Di sini kita belajar sesuatu…

Dakwah dan Penggarapan Umum.

Kita memerlukan massa (samada faham kepentingan dakwah mahupun tidak) untuk turut meyokong arus hidup beragama yang kita impikan. Keluar dari kotak fikir ekslusif bukan suatu yang mudah tapi perlu diusahakan.

Sepertimana tulisan terbaru Saudara SUA ISMA, akhi Aminuddin perihal mencipta krisis, tidak dinafikan kepadatan aktiviti dengan penggunaan tenaga yang hampir optima serta TA telah mencipta ruang untuk AJK PEMBINAmelaka bertindak balas secara kreatif dan kritis. DI sinilah kita belajar praktikum dan aplikasi penggarapan umum dalam dakwah.

Membaca cerita Saudari Usu dan kontinjen wanita tentang penggarapan umum dengan masyakarat bola jaring setempat dan melihat sendiri mereka turun sama turun padang menghulur sumbangan di KASBI merupakan bukti bagaimana dakwah seharusnya menempatkan diri dalam susuk tubuh masyarakat itu sendiri. Begitu juga bagaimana ceritera anak-anak muda Taman Bukit Rambai dikumpulkan dan mampu mendengar arahan dan dorongan Ustadz Afif.

Mereka orang yang mungkin hanya mahu bersukan. Namun, kita bertanggungjawab untuk  mencorak dan menyuntik semangat kesukanan ala Islami. Mempertontonkan bahawa di sana adanya masyarakat Islam yang prihatin hal kesukanan. Kita sendiri yang mungkin sesekali menunaikan hak kewajipan badan pastinya tidak sehebat mereka. Mungkin kita pakar dalam perihal baikpulih mesin, penyelidikan, pengucapan umum dan sebagainya, kita harus akur bahawa merekalah yang lebih ahli dalam hal kesukanan. Teringat bilamana makcik makcik ini menyuarakan kepelikan mereka,

“Depa ini main netball bertudung labuh tak rimas ke?”

“Dah biasa kot..” rakannya laju membalas..

“A aa..” balas seorang akhowat mengiyakan.

Ayuh, Kita Cipta Ruang !

Pasukan dari daerah lain mungkin masih menggunakan ahli-ahli dalam takungan untuk mewakili kontinjen mereka. Maka, di sinilah kelebihan Melaka yang harus kita kongsikan bersama rakan-rakan dari negeri lain. Begitu juga saya lihat tikamana kami diperkotak-katikkan oleh Naib Johan dari Kedah yang rata-ratanya pakcik-pakcik yang mungkin merupakan kenalan ikhwah di sana. Anekdot yang saya ingin bawa untuk difikir di sini ialah perihal mengolah sisi upaya masyarakat pada kadar yang setara keupayaan mereka mampu menolak dan melonjak dakwah dengan lebih berkesan.

Akhirnya nama Melaka harum. Sesekali kita tidak lupakan bahawa ia adalah hasil bantuan umum. Kita sendirian pasti mengambil masa yang lama malah mungkin terkubur jika masih berlegar dalam ruang ekslusif. Memandu kerjasama dan hubungan erat dengan massa pasti akan mendatangkan hasil positif dalam dakwah yang ingin kita bawa. Berdikit tapi jelas halatujunya.

Begitulah sedikit analisa picisan yang dapat saya rungkaikan dari observasi. Sedikit buah tangan untuk kita fikirkan bersama. Menggarap dan menggerakkan massa seramai mungkin adalah agenda dalam langkahan amal yang perlu kita ambil kira. Relevansi kita adalah sejauh mana kita mampu melakar perilaku umum mengikut rentak yang diajari Islam.

Melaka, ayuh kita kekalkan rentak ini. Terus maju ke hadapan!

Allahu’alam

A.S.U
https://ibnukhair.wordpress.com

P/S: Kepada ikhwah PETRONAS yang dikasihi, kami merindui kelibat antum di atas padang… lontaran idea tidak sesekali memperkecilkan kebolehan ikhwah. Ianya adalah untuk sesama kita ambil iktibar dari sisi pandang yang lebih kritis tanpa sedikitpun mencalarkan kredibiliti ikhwah yang memang semuanya hebat dalam apa jua lapangan ;P…

Advertisements

Comments»

1. azril'kiara - December 29, 2009

cantik akhi~

2. truecaliph - January 1, 2010

analisa yg menarik. rugi rasanya tak berkesempatan untuk menghadiri KASBI tahun ini. TA 09 telah berjaya mencipta KRISIS. Tahniah kepada PEMBINA Melaka

3. al-kandahlawi - January 1, 2010

ai.belum ketemu team jerung shah alam boleh la..hihi..nasib baik la hang tuah melaka ni bertuah je jumpak pakcik dr kedai tu..kalo tak..habisnya dibaham jerung kelaparan Shah Alam Klang 😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: