jump to navigation

Melakar Agenda Bangsa … January 17, 2010

Posted by ibnukhair in Aktivisma.
Tags: , ,
trackback

Krisis politiking melampau. Di tambah kelibat hedonisma yang mencerut segenap penjuru pemikiran generasi alaf baru. Sesak. Tidak terpandu. Golongan penguasa yang rakus dan rancak mengisi amarah peribadi. Apapun teknik yang diguna pakai, sungguhpun ianya bakal menghambat bangsanya dalam lumut dan lumpur kehinaan tidak lagi dipeduli. Menyedihkan. Lebih jahil jika alasan yang disuakan menghalalkan suatu yang jelas hitam putihnya dalam ruang kerangka syara’. Mungkin tidak kesemua. Tapi, ada kemungkinan kebanyakannya.

tambah perit jika merenung salah satu komposisi sosio masyarakat yang besar jumlahnya. Belia. Ia bahkan sangat menyedihkan. Belia yang lemah jatidirinya terisi dengan hiburan melampau. Ianya kesan tidak langsung para pertama di atas. Pabila hidup terisi dan terarah ke arah memenuhi serakah material, makanya masa depan bangsa digadaikan.  Dan ia jadi lebih parah justeru ianya berkadar langsung dengan jatuh bangun ummah.

Saya tidak bicara upaya bangsa biasa. Saya bicara perihal kamu, Melayu, bangsa tunggak dakwah! Bangsa yang memegang majoriti komposisi kependudukan watan Malaysia. Bangsa yang mulia dengan isi Islam dalam keperibadian akhlak sehariannya. Namun, kini terpecah dek agenda jengkel. Rendah diri dan rasa malu dengan layunya bangsa sendiri. Mengutuk tapi tidak pernah mahu membangun.

Oh, bila saya bicara perihal ini. Mungkin sudah ada bibit bibir mengungkap, hey dia Nasionalis!

Satu lagi kecetekan daya intelek. Bukan salah kita. Tapi mungkin boleh jadi ya jika kita membenarkan diri kita terpengaruh dengan terminologi yang diterapkan oleh penjajah tanpa sebarang kajian mendalam. Justeru, jika kita melihat tokoh ini bilamana beliau diminta mengulas konteks Islam sebagai gaya hidup atau berikan apa sahaja topik bicara, beliau akan mengupas perihal gunapakai terma secara jelas sebelum sedaya upaya mengolah topik pada kadar upaya masyarakat. Kali pertama saya menemukan penulisan beliau, hati saya terpukau. Untuk hidup sezaman dengan beliau dengan kadar olah pemikiran yang menakjubkan sedemikian rupa adalah suatu yang saya kira luar biasa.

Hei, tunggu. Saya tidak cuba memuliakan beliau. Namun, saya mengajak anda menghirup barang secangkir dua dari saranan beliau dalam memperkasakan dakwah dan membumikan kemuliaan agama yang suci di muka bumi ini.

Oh ya. Bagus juga buat mereka yang selalu bertanya, tertanya-tanya ataupun mahu menyuakan sebarang kekeliruan tentang agenda dan halatuju ISMA mahupun pendirian semasa tentang politik setempat. Lagi tepat, untuk mereka yang kedengaran sepertinya menyebarkan informasi yang mengelirukan tentang perihal ini. Alangkah baik juga jika ianya dapat mengumpulkan mereka yang faham, memahami dan baru cuba menelaah agenda islah yang menjadi prinsip perubahan yang terbuku dalam makalah tulisan tokoh mujaddid ini.

Saya dengan rasa rendah dirinya mengajak anda ke Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna: Melakar Agenda Bangsa tanggal 30 Januari 2009 ini bertempat di Dewan Sri Sarjana, UNITEN Bangi. Jika anda orang Melaka, bolehlah kontek saya untuk urusan pengangkutan. Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut

http://kobanna.ismaweb.net
http://www.ismamelaka.com

Dakwah ini kita pikul bersama!

Allahu’alam
A.S

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: