jump to navigation

Pertarungan Sudah Bermula.. [Ep.1 – Muhasabah] February 20, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Tarbiyyah, Tazkirah.
Tags: , ,
trackback

Projes Penjinakan

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga jiwa merdeka seorang Muslim yang sedar setiap detik hidupnya diwakafkan untuk memerangi agenda tersusun puak kuffar. Mengenali perilaku dan sifat agen jahiliyah membolehkan kewaspadaan maksima sang Muslim. Hakikatnya, pertarungan ini telahpun bermula sejak zaman Adam a.s dan kini keluar dengan pelbagai jenama yang begitu lunak malah menusuk lebih dalam ke dalam urat hati. Syeikh Ar-Rasyid menukilkan seni penjinakan yang keji ini dalam al-Muntalaq dengan bait kata indah.

merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’[1]
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”[2]

Lebih tegas, penyair tersohor, Syeikh Muhammad Iqbal menyelar si anak kijang yang menyorok ketakutan dengan pusinya.

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa
agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.[3]

Penjenamaan pelbagai sentimen dan isu menjadikan anak-anak Muslim mengiyakan dalam diam. Individualistik, materialistik, hedonisme, feminisma, hak sama rata dan sebagainya. Mereka diajar untuk lena dalam putaran hidup belajar-konvo-kerja senang-beli rumah-tambah kereta-menonton TV-keluarga-anak-anak dan MATI!. Kalaupun ada ruang fikir untuk agama, nah tunggu sahaja warkah pencen pertama. Apatah pula untuk mendalami definisi infaq, jihad, itsar, dan yang seerti kata dengannya.

Namun sewajarnya tidak pernah kita nafikan, keletah ramai anak muda yang telah tersedar, dan kini berjinak-jinak menyarung kembali seragam singanya. Namun benarkah auman mereka menggegarkan jiwa atau cuma retorik belaka. Saya nukilkan sedikit peringatan buat anak-anak singa generasi baru.

Qudwah

Begitu dalam tajuk seterusnya, Syeikh ar-Rasyid mengibaratkan zaman ini sekadar gerhana mentari. Kerana sudah ada bibit kebangkitan. Saya secara sedar turut mengakui. Aura anak muda yang dahagakan tarbiyyah jiwa terpampang jelas di merata tempat. Masing-masing tersentak dan berikrar untuk turut membantu. Usrah, Liqo, Halaqah, Smart Circle… walau apapun terma nama yang diberi. Ianya seia memberikan khabar gembira wujudnya hati-hati anak muda yang masih hidup. Rela mengorbankan jiwa dan raga untuk ummah.

Insan yang hidup jiwanya. Tidak rela diperkotak-katikkan dengan agenda barat. Berlari tatkala datang usrah, berjalan longlai ketika majlis ditutup dengan istighfar munajat buat yang Empunya. Rindunya jiwa mereka untuk disirami dan dibajai spirit tarbiyyah.

Hey! Usrah sebenar bermula dengan tasbih Kifaghah!

Duhai singa-singa kecil. Manusia umumnya menantikan sang hero. Makanya, bertebaranlah kalian dengan contoh yang terbaik. Dalam perilaku mahupun perkataan. Dalam pelajaran mahupun etika pekerjaan. Individu mahupun jama’ie. Keluarga apatahlagi jiran tetangga. Apa yang kamu pelajari dalam liqo’ mingguan itu hanya akan kekal sebagai ilmu teori. Adapun, masyarakat menanti amal qudwahmu!

Saya bersembang dengan seseorang lewat tengahari semalam. Kecewa mungkin. Terkejut barangkali. Namun, “balance and check” saya kira definisi yang lebih tepat diberikan.

.. Saya bukan respek sgt org gi usrah ni
.. Contohnya dalam umah ni
.. Yang pegi usrah bukan jaga kebersihan pon
.. Tak larat org lain kena bersihkan untuk die
.. Dan satu lagi..apa yang die cakap
.. Tak seperti apa yang die buat
.. So buat apa kan
.. Not worth it

Jangan melatah. Ambil iktibar dan menilai dengan hati terbuka.

Buat anak singa alaf baru, benarkah begitu qudwah yang anda tonjolkan? Dengan tarbiyyah datang juga tanggungjawab yang berat. Benar kita baru bertateh, baru belajar memperbetul perspektif dan memperbaiki akhlak. Tapi saya kira itu bukan alasan yang tepat. Saya positif kiranya kita menghadiri usrah dengan jiwa besar untuk merawat keperitan ummah, maka kita akan kembali dengan pelbagai analogi, misalan, dan tugasan amal yang bakal mengesani peribadi bahkan mengubah pola akhlak persekitaran. Makanya, buat mereka yang ambil ringan tentang tarbiyyah diri dan pembaikan akhlak, saya peringatkan komitmen anda dalam usrah tidak hanya bersifat hubungan antara murabbi dan mutarabbi.. bahkan anda akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bersediakah kita!

Untuk tatapan mereka yang punya perspektif negatif terhadap usrah, saya kira segala macam kelemahan kemanusiaan yang anda lihat tidak perlu saya pertahankan. Anda benar dan saya kira wajar diucapkan terima kasih atas teguran itu. Buat kalian, saya katakan, anda punyai potensi fitrah yang perlu dimanfaatkan untuk ummah. Islam dasarnya nasihat. Maka, anda berada dalam landasan yang benar. Saya sarankan, berikan diri anda peluang memahami tabiat Islam yang sebenar. Sejarahnya, realiti ummah, masa depan dan tanggungjawab kolektif yang perlu dipikul ini pastinya bukan bebanan seorang. Terimalah kemanusiaan pendakwah di depan mata anda dan tegurlah mereka dengan penuh hikmah. Buat kalian, saya doakan agar kelak kalian bersama di dalam medan juang.

Muhasabah

Adakalanya orang yang berusrah memandang sebelah mata pada objek dakwahnya. Ahh, dia ni memang tak boleh pergi dah.. hidayah takleh nak masuk! Tanpa sedar, rupanya ada hijab yang melambatkan mahupun memberhentikan sampainya hidayah Allah. Lebih teruk, ianya adalah kelemahan diri yang dianggap remeh. Justeru, buat para du’at, berkembangnya Islam ini bukan dikira dari saat anda mula menambah hafalan dan rakaat solat tahajud anda.. tapi ianya berdetik lebih pantas sepantas anda meninggalkan sisa-sisa jahiliyah!

Sebaliknya, ada stigma dari orang umum. Nak ditegur, orang usrah! Dok pulun belajo agama saban minggu. Aku ni sapalah… Depa mana nak dengar cakap aku!! Oh.. mereka adalah insan yang diajar untuk memulakan perubahan dari diri sendiri. Jadilah cerminan yang terbaik. Itu sahaja sudah cukup menjadi satu aset terbaik buat ummah. Tiada yang lebih hebat berbanding teguran rakan yang penuh hikmah. Dan! Jangan segera mencampakkan sebakul persepsi negatif. Kerna saya ada intuisi yang mengatakan bahkan anda akan jadi lebih hebat dari mereka jika anda membuka sedikit pintu hati menekuni dan memahami tabiat agama ini keseluruhannya.

Secara timbal balik. Mari hidupkan budaya nasihat menasihati!

Nukilan
AbuKhairah
https://ibnukhair.wordpress.com





[1] Sarwa: Sejenis pokok bunga untuk perhiasan di taman bunga dan di kubur yang ditanam untuk melindungi pokok-pokok lain. Pnt)

[2] Abdul Wahab Azam, Buku Muhammad Iqbal, m.s. 162

[3] Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 102

Advertisements

Comments»

1. truecaliph - February 24, 2010

Tulisan yang menarik. Lepas ni tunggu Abu Khairah tulih buku pula, boleh tulih sajak juga. Album aktivisme KRIM Melaka 2009 sudah siap.hehe 🙂

p/s: “balance and check” or “check and balance” ? ke ada maksud tersirat ni 🙂

2. ibnukhair - February 25, 2010

Huhu…

Sajak buat si anak singa I..

Kedai truecaliph boleh edar? Hehe….

[S+U].K.K.R

3. hurin - March 7, 2010

ya saffiyah, sesungguhnya komen yg saffiyah bgi acik xboleh nak digest. slmat mmbesar dgn sihat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: