jump to navigation

Ummi, kenapa tinggalkan Safiyyah? June 24, 2010

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Celoteh.
trackback

“Mi, nape gal yah?” seru anak sulung saya pagi tadi. (Ummi, kenapa tinggalkan Safiyyah?)

Tergamam saya seketika. Saban hari, umminya terpaksa memecut ke tempat kerja yang terletak kira-kira 37km seawal pagi. Mengejutkan anak kecil tika ayam masih mamai-mamai melagukan kokoknya sepertinya kurang belas ihsan. Justeru, Safiyyah yang masih nyenyak kepenatan terpaksa ditinggalkan dengan mimpi indahnya. Cuma kali ini lain responsnya.

Safiyyah menghayati Solidariti Ummah - Perhimpunan Aman Kedutaan Turki

Umurnya yang belum sampai 3 tahun sudah mengerti jatidiri kemanusiaan. Saya lantas berdo’a agar zuriat saya ini bisa membesar dengan misi yang kental menjadi barisan pejuang untuk agamanya.

Barangkali, bisa sahaja saya nukilkan dari kisah ini pertanyaan tentang apakah yang menyebabkan insan yang sudah akil baligh, sempurna didikan akalnya mampu melakukan perkara di luar norma kemanusiaan sedangkan anak kecil ini… Hmm.. tentang pelbagai hakikat jahiliyah alaf baru saban waktu meniti bibir. Namun, saya kira para pembaca sudah begitu arif.

Mari saya ketengahkan tentang satu sisi bicara yang lain.

Terkadang kita terlepas pandang kebolehan anak kecil menangkap pelbagai kosa kata, imej, bunyi, lagak gaya dan semacamnya dari pelbagai tontonan dan pendengaran harian mereka. SubhanAllah. Saya pun tidak sedar bila masa saya dan umminya mengajarkan seni hati merasa kesedihan ditinggalkan oleh orang tersayang.

Justeru, saya daftarkan beberapa percubaan memahami aneka ragam anak kecil dan pengajaran yang boleh kita ambil (jika kita mahu)

Buat Ibu Bapa

  • Pelihara tingkah laku, percakapan dan apa sekalipun kerana kita tidak betah mengetahui sejauh mana ianya mampu mempengaruhi anak-anak comel ini.
  • Kembangkan potensi mereka agar mewarisi segenap perkara positif yang ada di muka bumi.
  • Letakkan anak-anak dalam situasi dan suasana sesoleh mungkin. Pasangkan irama kalamullah. Ajarkan cerita-cerita  perjuangan. Para sahabat bercerita perihal Jihad dan Perang pada anak-anak mereka!

Yang lebih penting: Pengajaran buat para dai’e

  • Jadilah anak kecil. Mereka memposisikan diri menjadi orang yang tidak tahu tapi penuh dengan semangat inkuiri. Natijahnya, mereka rakus dengan ilmu baru. Senantiasa cuba belajar memperbaiki diri. Kita.. datang usrah/halaqah/kuliah untuk apa? Membesarkan kepala dengan ilmu-ilmu baru lantas tertidur dek beratnya timbunan dalam kepala?
  • Tirulah anak kecil ini. Mereka lantas tangkas mempraktikkan apa yang baru dipelajari. Kita bagaimana? Sudah ditegur para murobbi/naqib/guru tentang akhlak yang masih ditakuk lama tapi enggan berganjak. Karat jahiliyah yang semakin tebal tompokannya. Sudah-sudahlah. Esok belum tentu ada!
  • Belajarlah dari jatidiri si anak kecil. Dari tahu kepada mahu. Dari kognitif kepada psiko-moto. Dari pengetahuan kepada tingkahlaku. Dan si kecil menghayati dan menterjemahkan semuanya dengan hati yang tulus. Lantas, ia ‘sampai’, mencuit dan menerbitkan reaksi balas orang sekitar.

Ayuh. Masa semakin suntuk untuk menjadi si anak kecil!

Nukilan,
A.K

Advertisements

Comments»

1. MokSu - June 26, 2010

Salam Safiyyah wa Uswah

Alalala..takmo sedeyh2 yek..
Kalau Mi ngan Bi gal kan Yah, balik arrr kampung..
Nanti MokSu amik cuti jaga Yah memolek..
Nenek ngan atuk pun ada sama..Eheh

Eh, Yah.. Pejuang mesti berani kena tinggal okeh! =D

Sampai jumpe gi ek Yah!

2. kawan moksu si Hurin - June 26, 2010

Salam, saffiyah dan uswah,
mari teman moksu di UTM.
untung2 dapat join kumpulan Hadfina.
boleh main percussion, mana tau ada bakat luar biasa hebat.

3. ibnukhair - June 26, 2010

Acik Su,

Datang sini le jadi bibik.. Thehehe… Makan dan tempat tinggal ditanggung percuma.. Boleh layang kitorang gaduh jerit jerit.. Heh!

Acik Hurin,

Boleh aja.. tengok tangan laa 🙂 [astaghfirullah… astaghfirullah..]

MokSu - June 26, 2010

Aaa..

Boleh jek layang kome jejerit sambil berzikir.. =p
Tapi kena tunggu MokSu abih lab dulu ehh..
Baru lah boleh jadik good bibik jaga kome yang sopan sokmo..
Pahtu, upahnya kena bawak MokSu jejalan Melaka arr gitu..
Kechik je pun kann Bandaraya Bersejarah tuu..^_^

ibnukhair - June 26, 2010

Tada hal Mok Su,

Kapan aja bagitau.. Bisa aja deh..

4. Abu Solahuddin - June 26, 2010

Safiyyah dan semakin besar. alhamdulillah.Solah pon dan semakin besar. dah pandai panggil “bii” dan salam cium tgn 🙂

Dalam kita rakus dalam urusan dakwah dan tarbiyah orang lain, ahli keluarga jgn sekali dilupakan

ibnukhair - June 26, 2010

Hehe..

Ye ye… Setuju setuju ammu… Sedang diusahakan..

Solah.. solah jangan nakal ye.. (sambil jari telunjuk digoyangkan ke kiri dan kanan)

5. iwa - July 12, 2010

yah duk ngan ateh la…yah bole duk nursery kat GHM.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: