jump to navigation

Ummi, kenapa tinggalkan Safiyyah? June 24, 2010

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Celoteh.
8 comments

“Mi, nape gal yah?” seru anak sulung saya pagi tadi. (Ummi, kenapa tinggalkan Safiyyah?)

Tergamam saya seketika. Saban hari, umminya terpaksa memecut ke tempat kerja yang terletak kira-kira 37km seawal pagi. Mengejutkan anak kecil tika ayam masih mamai-mamai melagukan kokoknya sepertinya kurang belas ihsan. Justeru, Safiyyah yang masih nyenyak kepenatan terpaksa ditinggalkan dengan mimpi indahnya. Cuma kali ini lain responsnya.

Safiyyah menghayati Solidariti Ummah - Perhimpunan Aman Kedutaan Turki

Umurnya yang belum sampai 3 tahun sudah mengerti jatidiri kemanusiaan. Saya lantas berdo’a agar zuriat saya ini bisa membesar dengan misi yang kental menjadi barisan pejuang untuk agamanya.

Barangkali, bisa sahaja saya nukilkan dari kisah ini pertanyaan tentang apakah yang menyebabkan insan yang sudah akil baligh, sempurna didikan akalnya mampu melakukan perkara di luar norma kemanusiaan sedangkan anak kecil ini… Hmm.. tentang pelbagai hakikat jahiliyah alaf baru saban waktu meniti bibir. Namun, saya kira para pembaca sudah begitu arif.

Mari saya ketengahkan tentang satu sisi bicara yang lain.

Terkadang kita ter (more…)

Advertisements

KASBI 09: Buat Mereka Yang Mahu Berfikir .. December 27, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
3 comments

Bismillahi Walhamdulillah …

Rafak takzim buat Tuhan pemilik jiwa ini. Salam selawat buat Baginda junjungan SAW.

Kesibukan yang memakan tenaga dan masa. Sudah lama ingin menukilkan sedikit perkongsian pengalaman. Ceritera anak muda yang sudah lama tidak mengenakan but emasnya. Perjalanan hidup yang panjang ini pasti menemukan kita dengan tetingkap yang senantiasa terbuka dengan ma’nawi (makna-makna) tarbiyyah. Ianya adalah kesempatan yang diberikan buat diri ini mengutip sedikit pemerhatian untuk dikongsikan atau setidaknya untuk bekalan diri menempuh liku dakwah yang panjang. Berikut merupakan sedikit analisa picisan yang telah saya tuliskan sehabisnya Karnival Sukan Belia Nasional 2009 (KASBI 09). Dimurnikan sedikit ayatnya untuk tatapan umum.

KASBI 09 yang penuh warna-warni menutup tirai dengan pelbagai pengajaran bagi mereka yang tidak pernah jemu mengutip mutiara hidup untuk bekalan di hari mendatang. Alhamdulillah, saya diamanahkan membawa pergi dan pulang panji Kontinjen Melaka. Mungkinnya cabaran yang terhidang banyak kurangnya dari pemegang panji badar. Namun, cukuplah untuk saya rasakan ianya suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh jiddiyah dan rasa ketaqwaan.Alhamdulillah, Kontinjen Melaka pulang dengan 3 kejuaraan di samping kenangan manis yang pelbagai.

Mari kita lihat sejenak apa yang berlaku di sebalik kejayaan merangkul Kejuaraan Kesuluruhan KASBI 2009.

Petronas TA – Blessing in Disguise?

Petronas memasuki fasa yang mereka berikan gelaran Turnaround atau ringkasnya TA. Kebanyakan AJK PEMBINA Melaka merupakan Jurutera yang terlibat. Kerja setiap hari selama 12 jam samada shift malam ataupun siang. Dengan hampir lebih separuh tenaga AJK PEMBINA terguna di lapangan kerja, ahli mesyuarat PEMBINA Melaka hampir-hampir tidak tahu sejauh mana kekuatan kontinjen dengan senarai para pemain kelihatan samar-samar. Pasukan apa yang ingin dihantar pun masih tidak tahu.

Kelibat pertahanan kental seperti Bro. Sa (more…)

Dedikasi untuk Ummiku sayang… Ingatan buat diriku. November 27, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Tazkirah.
Tags: ,
2 comments

Salamun’alaikum semua…

Allahu akbar wa lillahil hamd.. Eid mubarak. Kullu ‘am wa antum bi khair. Safiyyah sekeluarga mendoakan agar barisan pejuang di jalan Allah make it a little newborn, makcik kantin, pakcik sapu jalan, ammu pam minyak, achik jaga kaunter resepsi, atok yang berkorban di perbatasan dan nenek yang menanti kepulangan cucunya agar senantiasa istiqamah dalam memberikan pengorbanan terbaik buat ummah ini.

Dari izzah seorang dai’e, Safiyyah katakan bahawa diri ummah seluruhnya lebih kami cintai dari diri kami..

As lama Safiyyah tak berceloteh.. so sikit-sikit dulu la deh.. Laa ni celik dari tidur, balik dari taska Safiyyah dok  layan siri video Islami ni.. nak dedikasi untuk adik 😉

Hmm.. as the topics says, tahniah buat Ummi. Rezeki adik agaknya. Rezeki Safiyyah last time, ummi dapat pindah duduk ngan abi ;). Allah dah cipta rezeki pelbagai untuk kita. Kita je yang terkadang rasa tak pernah cukup. Then, menjadikan kita kurang bersyukur.. Huhu. Apapun terngiang ayat yang abi sedang duk refresh laa ni. Muga ianya tak jadikan kita insan yang makin lupa akan tanggungjawab kewujudan kita ya ummi…

atau siapa Dia Yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). [QS 67:21]

Ummi..

Allah kasi 44 dan Allah uji dengan pizza… Kita tunggu pizza kat syurga lah mi ya 😀 Mesti Allah kasik topping kaw-kaw punya.. Tak sabor! InsyaAllah adik faham tu..

Kepada Allah jua selayaknya pujian..

Salam dari perantauan,

SKKR
Eid Adha  1430H

 

 

 

Dare to Hope … October 23, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
9 comments

Sudah seminggu berlalu..

titikMasih jelas dalam ulang tayang kotak minda perihal seorang lelaki muda. Ianya kisah hari Jumaat yang lalu. Lebih spesifik, ianya gambaran kefahaman yang sahih tentang isi cetak al-Quran al-Kareem.

Dia bukan pemuda Melayu yang biasa saya kenali. Malahan, susur galur keturunannya bernoktahkan singh. Saya mengenali pemuda ini lewat Ramadhan yang lalu. Mengucap syahadah tika Ramadhan mula menjenguk, awal 6 hari. Ada pemandangan yang begitu menarik hati saya. Tatkala azan panggilan orang mukmin berkemundang di hari Jumaat, tikamana orang-orang yang kulitnya sama warna dengan saya masih mampu berlenggang kangkong, malah ada yang masih terselit puntung di bibirnya, beliau saya lihat sungguh istimewa. Beliau berlari !! Dan beliau berlari dengan sesungguhnya!

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Saya sempat menegurnya Rabu yang lalu. Tika kami selisih dan bersama mengayun langkah ke Majlis Jamuan Raya. Majlis yang sepatutnya bermula jam 12 akhirnya hanya bermula jam 1250. Al maklum lah, saudara lebih faham dari saya. Justeru, kiranya anda orang yang berada di atas dalam mana-mana organisasi, maka tugas lebih berat. Contoh perlu ditunjuk dalam alam realitas. Sepanjang menunggu kami berborak rancak. Saya cuba mengorek rahsia.

“Brother, I just wondering lah… Why people don’t want come to masjid. Masjid besar, luas.. and tenang.. Bukankah, when azan kita kena stop semua kerja kita dan pergi ke masjid?”

Saya terkedu.

“Brother, I dare to hope and keep hoping that a born Muslim like me would have the level of understanding such as yours…”

Sejurus majlis bermula, kami cepat-cepat mengambil makanan. Dzuhur mengintai.

“Brother, I see you in masjid cay”

“Err..”

Saya melihat dia hanya mengambil 5 cucuk sate dan terus bergegas ke masjid. Saya masih ada beberapa potong nasi impit dan seketul ayam untuk dihabiskan. Ah, silap sendiri. Semangat dan kefahaman yang harus dicemburui. Saya melajukan kunyahan.

Saya mendo’akan agar saudara baru saya ini istiqamah. Memeluk Islam setelah mengkaji dalam dan kini berusaha memahamkan ahli keluarganya. Saya jujurnya berharap saya dan para pembaca dapat mencontohi beliau. Baru belajar tidak menjadikan beliau kurang faham dari orang yang sudah separuh abad membawa IC bercopkan Islam. Kesungguhan menterjemahkan isi Quran itu yang akhirnya menentukan timbangan akhirat kita.

Hari itu. Ianya berakhir dengan berduyun manusia sawo matang berbaris merebut nikmat sate dan lontong sedangkan rahmat Allah hanya  mampu menggiurkan satu saff manusia. Itupun boleh jadi cukup kiraan jari tangan dan kaki barangkali.  Namun, saya masih berharap dan akan terus berharap.

Wassalam,

Salam Jum’atil Mubarakah,

A.S.

$pkš‰r¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) š”ÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó™$$sù 4’n<Î) ̍ø.ό «!$# (#râ‘sŒur yìø‹t7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ

Promosi Seumur Hidup October 2, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Celoteh.
Tags: ,
add a comment

Ini bukan cerita promosi perabot. Hari raya dah masuk minggu kedua. Juga bukan promosi tiket kapal terbang AirAsia ke Old Trafford. Ia cerita pembugaran dan rejuvenasi kehidupan.

Sketsa Pagi Sabtu

“Ummi bawak plastik apa tu?”

“Ni haa.. ambikkan belon tuk Safiyyah. Tumix buat promosi, bagi perencah ajinomoto sekali ni”

“Bukan ke ajinomoto termasuk dalam barangan yang kita boikot?”

“….”

“Hmm.. dia nak promosi lah tu. Biasalah, mesti rugi banyak dah kene boikot. Nak kasi nama up balik, kenelah bagi percuma.. “

“Samalah apa-apa produk lain pon yang. Maggi, Bata, Colgate, Pampers… walaupon generasi seperti kita dah kenal dan melekat dah kat kepala sejak kecik lagi, belum semestinya generasi muda macam Safiyyah akan terus kenal produk produk tu. Kena selalu dan terusan dibuat promosi dan iklan. TV, media cetak dan sebagainya.”

“Kalau tak, boleh bungkus bisnes dibuatnya.”

Itu ceritera Sabtu lepas. Usai berbelanja barangan dapur untuk resepi rumah separa terbuka, kami berbual seperti biasanya. Dan seperti lazimnya, kehidupan yang berlalu pantas di depan mata harus disaling kaitkan dengan bisikan ruhiyyah. Kacamata agama pendeknya. Agar ia membekas kekal. Terpasak dalam akarnya, mengesani dan mempengaruhi lagak seharian.

Promosi Beragama dalam Kehidupan

Alaa.. abang Ngah dah besau panjang maknya. Dah masuk U pun. Takda apa nak dirisaukan lah. Pandailah dia jaga diri tu….

Sepertinya pernah didengar klise di atas. Bujukan si abah. Harapan dan kepercayaan menggunung yang dibahukan kepada anak kesayangan. Pun begitu, kepercayaan yang sedemikian kerap bertukar menjadi rengusan tak sudah. Didikan beragama yang seolah terhenti pada satu ketika mungkinnya kelak kan memakan diri. Saya kerap berhadapan kes seperti ini. Siswa yang kononnya sudah bijak mengatur urus kehidupan. Akhirnya tertewas kerana putusnya tarbiyah keTuhanan. Menyangka diri sudah mendap dan tepu dengan ilmu agama menjadikan mereka bersahaja dalam aspek keazaman memperbaiki diri setiap masa.

Abi, Jangan Lupa Tarbiyyah Kita Tau

Abi, Jangan Lupa Tarbiyyah Kita Tau

Hal ini tidak terkecuali buat sang dai’e. Agak dangkal meletakkan sangkaan anak-anak kita mampu terus thabat dalam jalan ini tanpa pantauan yang menyeluruh. Panji da’wah harus terus mapan berkibar dan seharusnya dipastikan semakin tinggi. Justeru, anak-anak kita ini tidak harus jemu ditarbiyyah selagi nyawa dikandung badan.

Kerisauan saya singgah tatkala melihat mutu pemuda pemudi Islam yang semakin sirna. Tragiknya, pabila melihat ayah berketayap putih dan ibu bertudung labuh. Masakan cetakan anaknya sedemikian rupa. Justeru, buat ibu dan ayah di luar sana, nasihat saya teruskanlah mengesani anak kita sehingga salah seorang di antara kita mendapat panggilanNya. Kerapkan, laburkanlah barang sesen dua menelefon anak mahupun ziarah bertanya khabar.Ia tidak sahaja untuk anak-anak, bahkan dalam konteks lebih luas meliputi timbal balik suami isteri, majikan dan pekerja, anak dan ibubapa.

Kita punya Harapan Besar

نُرِيْدُ دُعَاةَ مُسْلِمِيْن لَا مُسْلِمِيْن فَقَط

Kita mahu menjadi du’at (pendakwah) untuk orang Islam bukan menjadi orang Islam sahaja

Kita punya mimpi indah. Ingin melihat sinar Islam menerangi alam. Ini bukan cerita dongeng. Ia suatu kepastian yang dijanjikan. Makanya, kerjanya pasti menuntut komitmen yang tinggi dan tiada kesudahan. Sambung bersambung merentas generasi. Kita bukan memasarkan produk biasa. Kita punya jenama yang amat hebat cetakannya.

Promosi Islam tidak akan terhenti setakat tarbiyyah kendiri.
Promosi Islam tidak pula melambat tatkala rumahtangga Islam sudah tegak berdiri.
Tidak juga promosi ini terhenti tatkala masyarakat sudah mula memerhati simpati.
Perlu terus diperhebat tatkala khilafah sudah kukuh berpaksi.
Nah, jangan dilupa tatkala puas hati memamah diri, pastikan tragedi lama berulang kembali.

Ayuh sahabat yang saya kasihi, hidupkan promosi ke arah amal Islami tanpa mengira sempadan masa, geografi, dan generasi. Makin hebat si penjual, makin hebat penerimaannya. Bahu membahu, kukuhkan saf… ayuh kita martabatkan kembali produk ini kembali ke tangga asalnya.

Al-Islam Huwal Hal !!

Wassalam,
A.S.

Tahniah Ammu Syidi and Acik Noni !! May 11, 2009

Posted by ibnukhair in Bait Muslim, Celoteh.
Tags:
1 comment so far

Introducing you with a brand new warrior, a mujaheed to be, al-akh Solahuddin Bin Mursyidi.

Sallehudin Bin Mursyidi 2

Last Friday, 11.38pm, 8th May of 2009, acik Noni give birth to Solahuddin weight at 3.4 kg at Beach Hospital, Melaka. Alhamdulillah, both baby and acik in healthy mode. It was on the night before KBAZ. Abi jokingly send SMS to ammu Syidi to (more…)

Uish.. March 2, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, MyFikrah.
Tags: ,
1 comment so far

Dah lama abi tak bi Safiyyah peluang berkomunikasi dengan peminat :p Ye laaa… terpaksa berkongsi kasih dengan ummah. Weekend minggu ni pun sempat jumpa abi sat sat. Kengkadang dapat juga minta abi bawak naik motor kapcai pepusing taman, pastu abi pun pergi berjuang. Mujur ada Ummi rakan sepermainan kat rumah. Ish, lama juga tak main buaian kat taman tu. Anyway, takpa bi, gandakan usaha abi, Safiyyah kan anak pejuang! Safiyyah kepingin bangat semangat gaya abi. Islam make us stay stronger aight?

Hah, ni saja nak promote hasil kerja terbaru abi. Had ni yang jadi abi selalu balik rumah lambat ni. Melepas peluang nak main buai.. thehehe… takpe bi takpe… comey tu.. tapi laie comey anak abi ni .. hehe. Kengkawan, jemputlah bertandang ke laman web belia Islam ni… Moh kita sesama merancang masa depan ummah yang lebih gemilang !!

pembinamelaka

www.PEMBINAMELAKA.com

Jumpa di sana,
Safiyyah al-Khair

Saya nak jadi budak kuat, awak macamana? January 29, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Kampungku.
Tags: , , ,
add a comment

Alhamdulillahi Rabbal ‘alamin..

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, sekalian para sahabat dan pengikut-pengikut mereka  sehingga datangnya ketentuan Allah kelak.

img_8213

Ni la kebun sawit yai Safiyyah. Tada pokok dah sebab tengah tanam semula. Dulu masa kekecik, abi la kena gerak pepagi ikut yai pi kebun. Tolong kutip biji sawit. Yai kata, setiap biji tu duit, tapi kengkadang tu nakal juga. Kalau dah banyak sangat biji berterabur tu, kitorang cecampak je bawah pelepah kering. ” ceria celoteh abi mengimbau kenangan lebih 15 tahun yang kini diputar kembali dari memori yang sudah agak berhabuk.  

 

Cuti raya Cina kalini kupastikan kaki ini menjejak sisa-sisa perjuangan zaman kanak-kanak abi buat pedoman di hari tua. Entah kali yang keberapa mengajak abi, baru kali ini beroleh kesempatan.

img_8206

Ummi nak tau, kalau pergi tu abi kene pegang keta sorong kat belakang. Nasib la kalau abah bawak laju, kene pulak jalan bukit bukau tanah merah ni. Haii.. tau je laa tangan ni menahan” celah abi, dicuitnya bahu ummi sambil membelek-belek lengan. Mungkin sedang cuba berkira-kira membandingkan ototnya dengan tangan Malek Noor, jaguh bina badan tu.

Tapikan, kalau prestasi abi bagus, kutip buah rajin, dapatla balik tu kang ab (more…)

Ummi, Abi dapat panggilan berjuang untuk Palestina ! January 7, 2009

Posted by ibnukhair in Bait Muslim, Celoteh, Palestinaku.
Tags: , ,
add a comment

Berada dalam pelukan ummi setelah sehari suntuk menghabiskan waktu bermain dengan rakan seTASKA merupakan saat-saat bernilai yang pasti kunanti-nantikan. Seketika terdengar deruan bingit YAMAHA kapcai. Ah, siapa lagi jika bukan abi pujaan hatiku.

Bingkas aku bangun dari dakapan ummi. Dengan senyuman manis yang menyeringai, aku berlari-lari anak cuba menyambut kepulangan abi. Sekejap terhuyung ke kanan sekejap ke kiri, maklum ar baru petah bertateh.

Anak abi, meh sini.. eeeyaaaaaaahh!” jerit abi sambil melambung aku tinggi ke syiling .

Hihihi… ” terkekeh kecil aku, sedikit gayat.

Ummi, Sabtu ni abi nak berjuang bersama ikhwah Palestina” jerit abi girang. Didokongnya aku kemas, laju mendapatkan ummi di ruang rehat.

Ummi yang dari tadi hanya terbaring, kepenatan memandu sejauh 37 kilometer saban hari agaknya, terus saja bingkas bangun dari istirehatnya. Berpaling. Mata kecil ummi bersinar.

Kaget!

Abi agak busy lately, ni nak marking paper sume.. Ummi tolong tolong eh, malamni tidurkan Safiyyah cepat siket.. Ada banyak kerja harus diselesaikan” ujar abi tenang. Cuba mengimbangi kerisauan ummi barangkali. Tahu sahaja abi mengesan rentak hati isterinya.

Sabtu ni ada rapat umum untuk menunjukkan kebersamaan ikhwah Malaysia pada saudara kita di Palestina. Di Shah Alam. Kereta abi guna ye..” abi mendudukkan aku di ribanya.

Abi, bila nak beli selipar baru, takkan nak pergi berjuang pakai selipar jepun tu je kot?” tanya ummi menghidupkan suasana yang seakan sedikit tegang.

Aku menoleh ke muka abi.

[Abi.. tak mahu ajak Safiyyah sekali ke. Safiyyah pun nak jadi mujahidah jugak!]

Safiyyah, teman ummi ya. Nanti besau sikit, abi bawak.. duduk atas bahu abi .. nak nak?

[alaaaaa… abi ni.. Safiyyah dah besau laa ni.. Depa kat Palestin tu lagi kecik dari Safiyyah kannnn] muncung bibirku tarik.. sesekali cuba mencakar-cakar abi, geram.

Anyway…. Abi, selamat berjuang!!!

Yang merindui syahid dijalan-Mu,
Safiyyah Khairah

http://amanpalestin.org
http://ismaweb.net

rapatumumdraft


Congratez !! January 3, 2009

Posted by ibnukhair in Bait Muslim, Celoteh, MyUsrah, Umum.
Tags: , , ,
2 comments

Ahlan ya 1430 Hijriyah. Sedikit kelewatan memberikan input awal Muharram justeru kesibukan yang tidak setara manapun. Terbaca blog Mak Usu… Dan agak terlambat nak wish kat yai ngan nyai… Tapi yang penting nak wish gak…

mom-n-dad-copy

Wahh.. Baru minggu lepas rasanya yai dan nyai singgah kat rumah Safiyyah.. Yai nak bawak nyai gie makan angin kat PD bersempena anniversary yang ke 33 t(ye ke eh :O) tanggal 25 Disember yang lalu…  Lama tak tengok laut katanya. Tapi Safiyyah kene tinggal 😦 sebab tak cukup keta.. alahai.. Whatever, day before, kitorang dah jenjalan naik Eye on Melaka.. Fuhh, kus semangat berpusing pusing..  Sorry ar kengkawan, gambor kat kamera uncle Arif, so tak dapat nak eksyen dah naik bulatan besau tu!

Nway, gambar kat atas amek kat blog Mok Su. So excited tengok yai dan nyai dianugerahkan pasangan ibu dan ayah mithali daerah Kota Tinggi. Tentunya penghargaan yang menyimpulkan satu perit jerih perjalanan hidup yang jauh. Membesarkan enam orang anak yang bermanfaat buat ummah pastinya bukan satu kerja yang hanya bisa tercongak sebagai hobi sampingan.

pc290327

Sememangnya trofi dan sijil belum mampu dicerna sebagai galang ganti untuk menggambarkan pengorbanan ibu dan ayah. Justeru, anak-anak harus terus menabur bakti melayani, meladeni dan mengambil kisah perihal kedua ibu dan ayahnya sepanajng masa. Kerana saya percaya saling kasih-mengasihi ini punya aturan putaran yang tidak akan ditelan dek zaman. Kepingin punyai anak soleh dan solehah menuntut agar punyai abi dan ummi yang turut  mithali…

Apa-apapun untuk melihat rumahtangga terus utuh sekian lama pastikan perlu bersusukkan keimanan yang tinggi. Ada sesuatu yang harus kita pelajari dari deretan kisah jelek yang berlegar di dada akhbar tentang kisah kahwin lari, kahwin ala jutawan yang akhirnya rata-ratanya (mungkin sedikit terkecuali) mempunyai kesudahan yang membimbangkan.

Buat yai dan nyai, Safiyyah, abi dan ummi sekeluarga ucapkan Tahniah, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan dan terus unggul sebagai pemimpin ummah!!

Allahu’alam
Safiyah Khairah