jump to navigation

Perhatian… Perhatian… July 2, 2010

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Jalan Da'wah.
add a comment

Assalamu’alaikum Warohmatullah..

“Perhatian. Perhatian kepada semua pelanggan. Kepada sesiapa yang kehilangan anak perempuan berbangsa Melayu memakai baju berwarna kelabu, sila hadirkan diri segera ke Kaunter Informasi di tingkat bawah. Sekian, terima kasih.”

Safiyyah.. Ooooo Safiyyah… Jangan buat lagi ye sayang….

If that announcement had already spurred our adrenaline to pump faster. This should be even worse!!

“Kepada mak ayah yang anaknya Polan binti Si Polan.. dulu kekecik tidak dijar mengaji, menutup aurat, bersolek ala biduanita bla bla bla, sila tampil ke hadapan. Anak kamu cari ni!!!”

Seraya itu, semua mata memandang. Baik yang sedang menghentam kepala tidak hehenti, berjalan kaki di atas mahupun si jubah putih dengan cahaya berseri. Sang Malaikat yang setia dengan cemeti merengus kegarangan. Kamu yang sedang mengukir senyum meniti pintu masuk ke Jannah terkedu. Langkah kaku. Kerna itu laungan yang pastinya bakal menghumbankan dirimu ke alam serba azab.

Allahu’alam. Mungkin dialognya berbeza. Tapi, begitulah lakaran kesudahannya. Buat aku dan kamu kamu. Bait Muslim adalah tanggungjawabmu. Sungguhpun,  kiranya telah datang rasa mengalah mahupun dukacita dan semacam perasaan sekelas dengannya, terpaksa dengan kudrat yang ada gagahkan diri berjuang sesungguhnya. Jangan diabaikan pendidikan buat mereka.

Oo Safiyyah.. oOOo Uswah permata hatiku..
Ooo Zunida buah hati kesayanganku..

Aku nukilkan peringatan ini buat kalian. Mudah-mudahan, kalian turut sama membantu. Moga-moga, di sana nanti.. kalian berteriak.. Melirik dengan senyuman penuh makna. Nah itu ayahanda kami… Itu kekanda penunjuk jalanku.. Mari abi, kita bina mahligai bersama!

A.K

Jiwa Harus Besar! June 11, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Tarbiyyah.
2 comments

Salam Jum’atil Mubarokah. Pujian buat Tuhan sekalian alam dan selawat buat uswah hasanah SAW.

Mujur masih belum terlupa kata kunci dek terlalu lama menyisihkan bidang penulisan ini. Menulis bila ada isu. Menulis tikamana adanya jiwa-jiwa longlai yang perlu disergah bangun dari tidurnya.

Saya hampir kemurungan mencari asbab mengapa itu dan ini berlaku dalam jiwa seorang dai’e muda. Mungkin bisa saja tertuding pada sistem pendidikan sekular yang tidak mendasar menjadikan anak-anak muda lemah jiwanya. Boleh jadi juga melalui pemerhatian dewasa ini, tertanggung beban yang besar pada pundak siswa/i hari ini. Deretan kerja rumah, assignment dan pelbagai aktiviti luaran yang menyesakkan. Tiada pilihan. Begitu sibuk hitungku dalam hati.

Rata-ratanya kini tiada masa memikirkan perihal graf pencapaian ummah yang menrungsingkan. Kalaupun sudah cukup banyak tugasan ilmiah yang terpampang saban hari, namun tidak dapat tidak masih banyak masa terluang dalam kitar hidup seorang pelajar. Lihat dengan len (more…)

Selingan: Seloka Dai’e Muda April 11, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah.
Tags: ,
add a comment

Sekian lama menyepi. Selingan seminit dua sebelum mengutip susun atur bicara. Baru sudah ceritara Shahadatul Haq. Moga ada yang merenung dalam. Buat para dai’e termasuk abdi yang hina ini, muga kata-kata ini memberkas di hati ..

“Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.” – al-Maududiy

Salam
A.K

Pertarungan Sudah Bermula.. [Ep.1 – Muhasabah] February 20, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Tarbiyyah, Tazkirah.
Tags: , ,
3 comments

Projes Penjinakan

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga jiwa merdeka seorang Muslim yang sedar setiap detik hidupnya diwakafkan untuk memerangi agenda tersusun puak kuffar. Mengenali perilaku dan sifat agen jahiliyah membolehkan kewaspadaan maksima sang Muslim. Hakikatnya, pertarungan ini telahpun bermula sejak zaman Adam a.s dan kini keluar dengan pelbagai jenama yang begitu lunak malah menusuk lebih dalam ke dalam urat hati. Syeikh Ar-Rasyid menukilkan seni penjinakan yang keji ini dalam al-Muntalaq dengan bait kata indah.

merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’[1]
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”[2]

Lebih tegas, penyair tersohor, Syeikh Muhammad Iqbal menyelar si anak kijang yang menyorok ketakutan dengan pusinya.

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa
agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.[3]

Penjenamaan pelbagai sentimen dan isu menjadikan anak-anak Muslim mengiyakan dalam diam. Individualistik, materialistik, hedonisme, feminisma, hak sama rata dan sebagainya. Mereka diajar untuk lena dalam putaran hidup belajar-konvo-kerja senang-beli rumah-tambah (more…)

Bayi Tua, Transisi Kehidupan dan Satu Peringatan .. February 4, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.
Tags: , , , ,
add a comment

Alangkah ruginya. Episod memoir kehidupan yang berlalu tanpa bisa dititipkan buat renungan bersama. 22 Januari senantiasa membugar keinsafan. Perihal seorang bayi yang semakin menua. Mujur uban belum mahu berputik. Tarikh itu tahun ini saya sekeluarga berkesempatan mengadakan aqiqah anak kedua, Uswah Khairah. Majlis aqiqah dan juga sedikit kenduri kesyukuran kecil-kecilan. Syukur kerana Allah masih sudi meminjamkan nyawa. Syukur juga kerana Allah senantiasa menunjuk jalan yang cerah buat kami sekeluarga.

Sebahagian Hadirin Aqiqah Uswah Khairah

Kesempatan itu saya gunakan sepenuhnya untuk mengajak jiran tetangga dan ahli qariah menghayati semangat kejiranan yang mungkinnya semakin dipinggirkan. Ustadz Rahmat membuat sentuhan klasiknya dengan ba (more…)

All Praise Due to Allah, Alhamdulillah! January 29, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.
Tags: ,
1 comment so far

Alhamdulillah, enough said.

Ni’ma ajru ‘amilin!

Kind regards,
AbuKhairah
O.U

Will I.. ? January 10, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah.
Tags: ,
2 comments

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa ‘ala alhi wasohbihi wasallam.

I had still remembered that jaulah. Listening to Dr. Z’s inspiring speech will never make me start blinking. Suddenly, his eyes felt upon me. 180 degree. Perpendicular.

“Abang Khair pun surely one day will be a Dr.. Get his doctorate. Kita kena jadi pikar dalam bidang masing-masing..”

That hope strike my heart! Kho Ya Gho is equivalent to The Best! And yes, as a musleem you are going to be the best among the best no matter what profession you are now in. Striving harder every secs you have.

Now…

Will I or will not I?

As a full-time Muslim, I had did my very best, although surely there will always something better or room for improvement. Hence, to Allah I seek for assistance. May Allah grant His Rahmah should this effort make this deen spread all over the world especially to the other side of this semi-sphere world. Otherwise, may Allah make me redha to his planning. After all, Allah is the best planner!

Only to Allah I made full submission and to Allah did I seek for assistance.

‘Ala Kulli hal…

Allahul Musta’an
A.S
O.U bound.. ameen.

KASBI 09: Buat Mereka Yang Mahu Berfikir .. December 27, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
3 comments

Bismillahi Walhamdulillah …

Rafak takzim buat Tuhan pemilik jiwa ini. Salam selawat buat Baginda junjungan SAW.

Kesibukan yang memakan tenaga dan masa. Sudah lama ingin menukilkan sedikit perkongsian pengalaman. Ceritera anak muda yang sudah lama tidak mengenakan but emasnya. Perjalanan hidup yang panjang ini pasti menemukan kita dengan tetingkap yang senantiasa terbuka dengan ma’nawi (makna-makna) tarbiyyah. Ianya adalah kesempatan yang diberikan buat diri ini mengutip sedikit pemerhatian untuk dikongsikan atau setidaknya untuk bekalan diri menempuh liku dakwah yang panjang. Berikut merupakan sedikit analisa picisan yang telah saya tuliskan sehabisnya Karnival Sukan Belia Nasional 2009 (KASBI 09). Dimurnikan sedikit ayatnya untuk tatapan umum.

KASBI 09 yang penuh warna-warni menutup tirai dengan pelbagai pengajaran bagi mereka yang tidak pernah jemu mengutip mutiara hidup untuk bekalan di hari mendatang. Alhamdulillah, saya diamanahkan membawa pergi dan pulang panji Kontinjen Melaka. Mungkinnya cabaran yang terhidang banyak kurangnya dari pemegang panji badar. Namun, cukuplah untuk saya rasakan ianya suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh jiddiyah dan rasa ketaqwaan.Alhamdulillah, Kontinjen Melaka pulang dengan 3 kejuaraan di samping kenangan manis yang pelbagai.

Mari kita lihat sejenak apa yang berlaku di sebalik kejayaan merangkul Kejuaraan Kesuluruhan KASBI 2009.

Petronas TA – Blessing in Disguise?

Petronas memasuki fasa yang mereka berikan gelaran Turnaround atau ringkasnya TA. Kebanyakan AJK PEMBINA Melaka merupakan Jurutera yang terlibat. Kerja setiap hari selama 12 jam samada shift malam ataupun siang. Dengan hampir lebih separuh tenaga AJK PEMBINA terguna di lapangan kerja, ahli mesyuarat PEMBINA Melaka hampir-hampir tidak tahu sejauh mana kekuatan kontinjen dengan senarai para pemain kelihatan samar-samar. Pasukan apa yang ingin dihantar pun masih tidak tahu.

Kelibat pertahanan kental seperti Bro. Sa (more…)

Memoir Da’wah I November 13, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Jalan Da'wah.
Tags: , ,
6 comments

Peserta terbaik Mukhayyam ISMA Zon Selatan kali ini bagi tahun 2009 dengan tema “jiddiyah” adalah kapten bola kita semalam, merangkap ketua pasukan at-Tajarrud..” umum Kem Komandan bersama, al-akh Arif.

Telingaku cuba menangkap kemas. Punggung yang baru hendak dilabuhkan setelah pulang dari mendapatkan hadiah kumpulan kedua terbaik sepanjang perkhemahan kali ini hampir saja tersasar dari tapak tujunya.

Pemilihan kali ini berdasarkan “jiddiyah” yang ditunjukkan oleh kapten kita, sungguhpun diberikan team separuh kuyu, beliau tetap berusaha keras di atas padang.. ” pandai sungguh Arif mengatur kata. Entah ya entah tidak.

Di jemput akh Khair untuk menerima sedikit buah tangan..” ujar Arif makin bersemangat.

Bola Mukhayyam ISMA Zon Selatan

Rasa Kerdil

Jiddiyah = Kesungguhan = Keseriusan = Kerja sampai nak ‘mati’. Anugerah bukan untuk dikecapi. Bahkan untuk diteladani. Anugerah bukan untuk dijaja tetapi ianya lebih kepada seruan agar lebih bertanggungjawab.

Saya merasa begitu kerdil. Masakan bisa dianugerah satu memoir yang bermakna di hadapan barisan murobbi yang bukan calang-calang hebatnya. Ada yang bakal mencecah 50-an tapi lagak di padang tempur gaya Laksamana belasan tahun. Masih ramai yang lebih layak. Ada yang sudah beranak 13, namun fokusnya tidak sedikitpun lari dari as-solah dakwah. Justeru, saya kejapkan pijak di bumi yang nyata.

Realitikan !

Sepanjang jalan pulang, fikiran menerawang jauh. Pengumuman Arif tatkala Mukhayyam melabuh tirai adalah satu amanah. Sukar justeru perlukan kesungguhan. Sikap bermalas harus ditolak jauh. Tidur yang panjang harus dikejut. Motivasi harus terus utuh. Tarbiyyah dzattiyyah perlu cepat diposisikan setepat dan sepantas yang mungkin dalam keperibadian harian. Orang putih kata “Live up to expectation!

Jiddiyah dalam arena dakwah harusnya menuntut kerahan tenaga yang tersusun. Kerja di ofis dengan perancangan kedoktoran yang masih belum selesai perlu seimbang dengan lajunya derap tapakan di atas jalan dakwah. Biah sekitar rumah tangga yang sudah menjejak usia 3 tahun harus juga mendapat perhatian secukupnya. Apatahlagi dengan si kecil yang semakin petah bicaranya dan keahlian yang akan semakin bertambah sedikit masa lagi. Tawazun dalam kesungguhan.

Saya lebih terpandu. Ini barangkali yang orang dulu-dulu katakan sebagai blessing in disguise.

Mukhayyam ISMA ZOn Selatan

Petanda Baik

Adanya yang terbaik tidak memaknakan yang lain tidak bermutu. Saya lebih cenderung menggambarkan bahawa di sana ada si nombor dua dan yang lainnya menolak begitu kuat. Menjadikan persaingan lebih sihat. Benar, kita tidak menginginkan sebarang penghargaan untuk memartabatkan kembali kemuliaan dakwah ini, namun di sana ada ibrah yang wajar disyukuri.

Budaya menunggu. Budaya biar orang lain buat dulu. Budaya berpada dengan apa yang ada. Budaya asalkan buat. Ini budaya yang mungkinnya budaya kita dan harusnya kita ikhtiarkan penyisihannya dari kamus hidup. Sudah lupakah kita ungkapan keramat,

“Tiada ithar (mementingkan saudara) dalam perkara soleh!”

Saya jujurnya mengharapkan ianya bukan retorik. Ianya menggambarkan sekumpulan masyarakat dakwah yang faham erti kesungguhan dalam pengorbanan. Saya positif. Saya yakin bahawa yang lain punyai jiddiyah yang bahkan lebih dari diri kecil ini. Nah. Kiranya ini berlaku pada semua da’ie, tidakkah ini suatu sisi pandang yang wajar disyukuri?

Muhasabah

Ini bukan hanya satu lagi dari deretan cerita perihal si dai’e kaki bola. Ia perihal susuk tubuh yang senantiasa inginkan kemuliaan dalam perjuangan. Ianya darah pejuang dan roh baru yang mengalir dalam diri. Dihambur dengan penuh kasih sayang untuk dinikmati. Aura kesungguhan, percikan imani yang ingin dikongsi.

Ayuh para dai’e. Paradigma bermalasan buangkan jauh. Usah diambil enteng perihal kecil biarpun ianya sudah sinonim dengan kehidupan. Biar sekecil manapun ia pada pandangan manusia, bisa sahaja ia menjadi besar di hadapan Rabbul Izaati barakah jiddiyah yang tertanam utuh. Tunggu apa lagi?

Terus Jiddiyah,
A.S.

Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum, Eid Mubarok. September 17, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Jalan Da'wah.
Tags: , ,
add a comment
السلام عليكم و رحمة الله

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله

Puji-pujian buat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW seisi keluarga, sekalian para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah di atas jalas suci ini dengan penuh ketenangan.

Dengan kesibukan beraktiviti dan sebagainya, membuatkan saya seketika terlena tentang Ramadhan yang semakin labuh tirainya. Tarbiyah kendiri yang tersisih mana mungkin terganti dalam baki Ramadhan yang mengintai tetingkap keluar. Saya masih mengejar seperi cerita lama. Entahkan dapat bersaing entahkan tidak. Esok sudah pingin berangkat pulang ke kampung halaman yang tidak dijengah berbulan lamanya.

Seketika tergamam. Bergenang air mata membaca perihal sosok kepahlawanan sehebat al-akh as-Sheikh Farag Naggar nukilan as-Sheikh Ustadz Halim. Masakan tidak. Kehebatan dan gambaran perjalanan penuh liku dan kesetiaan tergambar secara hidup sehingga Allah memangilnya tanggal tarikh keramat 09.09.09.

Hina diri ini. Entah. Mampukah sampai ke penghujung jalan, terusan thabat mengumpulkan barisan pemuda berjiwa besar. Dengan pelbagai halangan yang sudah mula menonjolkan diri ditambah keengganan diri memberikan hayunan penuh di atas jalan ini pastikan lebih menyukarkan. Saya mengerti. Justeru, dipohon dari Rabbul izzati, berbekalkan himmah ‘aliyah yang masih bersisa untuk terus disungguhi jalan ini. Muga pemergian beliau akan terus diganti dengan malahan berjuta lagi keperibadian yang sama tara hebatnya.

Antara frasa ungkapan as-Sheikh yang memberi kocakan dan himpitan menyesakkan dada lantas menggerakkan fungsi bebola mata merembes kacaan genangan air mata..

Ustaz Farrag Najjar menceritakan tentang kelebihan ibunya dengan berkata,
“Aku berdiri di depan seorang wanita seolah-oleh aku berdiri di hadapan salah seorang pemimpin yang bernas. Aku mendengar, menghormati, membenarkan dan aku tidak mempersoalkannya. Pada ibuku terdapat himpunan nasihat-nasihat dakwah dalam bentuk kata-kata hikmat dan pengalaman-pengalaman lalu. Wanita adalah satu kekuatan seperti taufan yang melanda sekiranya dia berada di belakang anak-anaknya sambil mendorong mereka maju ke hadapan, seperti api yang dinyalakan di tengah-tengah kesejukan yang mencengkam”.

Saya terus dan pasti akan terus mendo’akan agar srikandi kesayangan mampu menjadi gudang rahim buat melahirkan keperibadian seperti ini. Ya Allah, muga Kau permudahkan….

Ini penulisan terakhir Ramadhan kami sekeluarga. Justeru, saya gagahi dalam keinsafan buat mewakili diri dan keluarga mendo’akan bait kegembiraan buat rakan pembaca yang sudah bersungguh menempuh Ramadhan 1430 Hijriah. Moga-moga tarbiyah Ramadhan kali ini memberikan impak yang lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Akhirnya, kita bermohon agar Allah SWT menanam benih ketaqwaan yang menunjang jauh ke dalam hati buat menempuh hari mendatang yang pastikan lebih mencabar.

Safiyyah - Eid Mubarok 1430

Buat barisan para Murobbi, rerakan seperjuangan, ammu-ammu dan acik-acik, sahabat handai, adik-adik kesayangan dan seluruh warga Islam amnya, kami ucapkan

Eid Mubarok 1430.. Maaf Zahir Batin.

Taqabbalallah minna wa minkum, zanbun maghfuur wa amalun maqbuul.
[Semoga Allah menerima (amalan) dari kita semua, dosa diampunkan dan amalan diterima.]

تقبل الله منا ومنكم

Khair Razlan Othman
Tengku Zunida Tengku Yahya Shah
Safiyyah Khairah Khair Razlan