jump to navigation

Kata Dua .. August 10, 2010

Posted by ibnukhair in Sketsa Kehidupan, Tarbiyyah.
add a comment

Samada kamu persembahkan Ramadhan dengan mutu yang selayaknya buat Tuhan Yang Maha Agung, Allahu Rabbul ‘Alamin atau kamu cari sahaja Tuhan lain yang layak untuk Ramadhan dengan mutu yang seumpamanya itu – Madah Arab (more…)

Jiwa Harus Besar! June 11, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Tarbiyyah.
2 comments

Salam Jum’atil Mubarokah. Pujian buat Tuhan sekalian alam dan selawat buat uswah hasanah SAW.

Mujur masih belum terlupa kata kunci dek terlalu lama menyisihkan bidang penulisan ini. Menulis bila ada isu. Menulis tikamana adanya jiwa-jiwa longlai yang perlu disergah bangun dari tidurnya.

Saya hampir kemurungan mencari asbab mengapa itu dan ini berlaku dalam jiwa seorang dai’e muda. Mungkin bisa saja tertuding pada sistem pendidikan sekular yang tidak mendasar menjadikan anak-anak muda lemah jiwanya. Boleh jadi juga melalui pemerhatian dewasa ini, tertanggung beban yang besar pada pundak siswa/i hari ini. Deretan kerja rumah, assignment dan pelbagai aktiviti luaran yang menyesakkan. Tiada pilihan. Begitu sibuk hitungku dalam hati.

Rata-ratanya kini tiada masa memikirkan perihal graf pencapaian ummah yang menrungsingkan. Kalaupun sudah cukup banyak tugasan ilmiah yang terpampang saban hari, namun tidak dapat tidak masih banyak masa terluang dalam kitar hidup seorang pelajar. Lihat dengan len (more…)

Pertarungan Sudah Bermula.. [Ep.1 – Muhasabah] February 20, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Tarbiyyah, Tazkirah.
Tags: , ,
3 comments

Projes Penjinakan

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga jiwa merdeka seorang Muslim yang sedar setiap detik hidupnya diwakafkan untuk memerangi agenda tersusun puak kuffar. Mengenali perilaku dan sifat agen jahiliyah membolehkan kewaspadaan maksima sang Muslim. Hakikatnya, pertarungan ini telahpun bermula sejak zaman Adam a.s dan kini keluar dengan pelbagai jenama yang begitu lunak malah menusuk lebih dalam ke dalam urat hati. Syeikh Ar-Rasyid menukilkan seni penjinakan yang keji ini dalam al-Muntalaq dengan bait kata indah.

merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’[1]
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”[2]

Lebih tegas, penyair tersohor, Syeikh Muhammad Iqbal menyelar si anak kijang yang menyorok ketakutan dengan pusinya.

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa
agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.[3]

Penjenamaan pelbagai sentimen dan isu menjadikan anak-anak Muslim mengiyakan dalam diam. Individualistik, materialistik, hedonisme, feminisma, hak sama rata dan sebagainya. Mereka diajar untuk lena dalam putaran hidup belajar-konvo-kerja senang-beli rumah-tambah (more…)

Ayuh, Ketatkan Sarungmu!! September 9, 2009

Posted by ibnukhair in Tarbiyyah.
Tags: , , ,
add a comment

Dari Aisyah RA, katanya “Apabila masuk sepuluh  yang akhir bulan Ramadhan, Nabi SAW lebih giat beribadah malam-malamnya, beliau lebih tekun dan beliau mengetatkan kain sarungnya (menjauhi isterinya untuk lebih mendekati Allah SWT” –  Riwayat Muslim.

Fajar 19 Ramadhan bakal menyingsing. Menandakan berbaki 10 hari Ramadhan mengambil kira percaturan  festival Ramadhan kali ini hanya menghidangkan 29 hari sahaja. Buat mereka yang mengerti kalkulus amal, pastinya tiada perkiraan kali kedua tentang ikut sama berburu baki 10 Ramadhan ini.

Janji umpan al-Qadr yang sangat pasti adanya menjadi habuan sang pemburu. Sweetdream, hot coil, tilam herba mahupun katil spring 10 inci bakal berhabuk. Tawaran hebat yang entah kan dapat ketemu di tahun hadapan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya bukan suatu yang baru, malahan rempah kehidupan insan mulia yang kita kasihi, SAW. Lihatkan lagi pesan Aisyah R.A.

Dari Aisyah RA, katanya “Bahawasanya Nabi SAW i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan” – Muslim

Buat mereka yang butuhkan suatu yang berharga, di sana perlunya pengorbanan. Buat mereka yang dambakan kasih Baginda SAW di hari kelak, di sana perlukan pembuktian. Buat mereka yang faham tentang gesaan hadith di atas, rumah kata pergi, baitullah melambai mari. Buat mereka yang kenal erti mati yang hampir dan hidup yang kurang pasti kan menjangkau 83 tahun, di sana adanya gambaran rahmat Ilahi. Oh, al-Qadr!

Saya ingin keluar berburu. 3 hari penuh dan bakinya terpaksa berkongsi dengan kesibukan duniawi. Ah, ruginya. Apapun yang 3 itu harus dioptimakan. Kalian kepingin? Apa tunggu lagi, siapkan perkakas mu, al wakt hual hayyah ya akhi!! Jumpa saya di sana.

Nah, tunggu apa lagi? Ketatkan sarungmu !!

“Memburu al-Qadr”
A.S.