jump to navigation

Pertarungan Sudah Bermula.. [Ep.1 – Muhasabah] February 20, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Tarbiyyah, Tazkirah.
Tags: , ,
3 comments

Projes Penjinakan

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga jiwa merdeka seorang Muslim yang sedar setiap detik hidupnya diwakafkan untuk memerangi agenda tersusun puak kuffar. Mengenali perilaku dan sifat agen jahiliyah membolehkan kewaspadaan maksima sang Muslim. Hakikatnya, pertarungan ini telahpun bermula sejak zaman Adam a.s dan kini keluar dengan pelbagai jenama yang begitu lunak malah menusuk lebih dalam ke dalam urat hati. Syeikh Ar-Rasyid menukilkan seni penjinakan yang keji ini dalam al-Muntalaq dengan bait kata indah.

merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’[1]
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”[2]

Lebih tegas, penyair tersohor, Syeikh Muhammad Iqbal menyelar si anak kijang yang menyorok ketakutan dengan pusinya.

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa
agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.[3]

Penjenamaan pelbagai sentimen dan isu menjadikan anak-anak Muslim mengiyakan dalam diam. Individualistik, materialistik, hedonisme, feminisma, hak sama rata dan sebagainya. Mereka diajar untuk lena dalam putaran hidup belajar-konvo-kerja senang-beli rumah-tambah (more…)

Advertisements

Dedikasi untuk Ummiku sayang… Ingatan buat diriku. November 27, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Tazkirah.
Tags: ,
2 comments

Salamun’alaikum semua…

Allahu akbar wa lillahil hamd.. Eid mubarak. Kullu ‘am wa antum bi khair. Safiyyah sekeluarga mendoakan agar barisan pejuang di jalan Allah make it a little newborn, makcik kantin, pakcik sapu jalan, ammu pam minyak, achik jaga kaunter resepsi, atok yang berkorban di perbatasan dan nenek yang menanti kepulangan cucunya agar senantiasa istiqamah dalam memberikan pengorbanan terbaik buat ummah ini.

Dari izzah seorang dai’e, Safiyyah katakan bahawa diri ummah seluruhnya lebih kami cintai dari diri kami..

As lama Safiyyah tak berceloteh.. so sikit-sikit dulu la deh.. Laa ni celik dari tidur, balik dari taska Safiyyah dok  layan siri video Islami ni.. nak dedikasi untuk adik 😉

Hmm.. as the topics says, tahniah buat Ummi. Rezeki adik agaknya. Rezeki Safiyyah last time, ummi dapat pindah duduk ngan abi ;). Allah dah cipta rezeki pelbagai untuk kita. Kita je yang terkadang rasa tak pernah cukup. Then, menjadikan kita kurang bersyukur.. Huhu. Apapun terngiang ayat yang abi sedang duk refresh laa ni. Muga ianya tak jadikan kita insan yang makin lupa akan tanggungjawab kewujudan kita ya ummi…

atau siapa Dia Yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). [QS 67:21]

Ummi..

Allah kasi 44 dan Allah uji dengan pizza… Kita tunggu pizza kat syurga lah mi ya 😀 Mesti Allah kasik topping kaw-kaw punya.. Tak sabor! InsyaAllah adik faham tu..

Kepada Allah jua selayaknya pujian..

Salam dari perantauan,

SKKR
Eid Adha  1430H

 

 

 

Blogging: Ikutan atau .. July 17, 2009

Posted by ibnukhair in Tazkirah, Umum.
Tags: ,
1 comment so far

Innal hamduillah, nahmaduhu wa nastaghfighu… Asyhadu alla ila ha illallah, wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuluh….

Anak muda sasa sosok tubuhnya, tangkas ligat lasak geraknya, gemuruh dan gelora jiwanya, pantang tercabar.. Pemusatan  segala macam sifat positif yang pastinya menjadikan golongan ini begitu dinamik dan seterusnya menjadi lapangan sasar seribu satu macam agenda.

bloggingBlogging. Penjenamaan ruangan maya buat anak muda berekspresi. Terkadang ada yang (mungkinnya) secara segan silu mengalunkan papan kekunci menceritakan kisah hidup di balik dinding. Dari sekecil-kecil hingga ke sebesar-besar jalan hidup dilakar telus. Sesekali, ketawa pecah berderai tanpa suara yang kedengaran. Berwalikan ikonik kecil dengan gigi tersusun rapi, manis. Fikirnya, mungkin yang membaca akan gelihati. Tidak kurang juga yang (more…)

Where We Belong To? May 10, 2009

Posted by ibnukhair in Tazkirah, Umum.
Tags:
add a comment

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. berkata tentang kewajiban tilawah, tadabbur dan mengahayati al-Quran.

Reading Quran

Katannya ringkas,

“Sesiapa yang tidak membaca al-Quran, maka dia telah meninggalkan al-Quran. Sesiapa yang membacanya tetapi tidak memahaminya, maka dia telah meninggalkan al-Quran. Sesiapa yang membaca dan memahaminya, tetapi tidak mengamalkannya, maka dia telah meninggalkannya. Dia tergolong di kalangan mereka yang dimaksudkan dalam ayat:

Dan Rasul berkata: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.” (al-Furqan:30)

Soalnya, kita yang mana?

Fastabiqul Khairat !!
S.K.K.R

Gertakan Keinsafan April 29, 2009

Posted by ibnukhair in Sketsa Kehidupan, Tazkirah, Yaumut Taghabun.
Tags: ,
11 comments

Minggu yang sudah, BBU 37 bertambah ahlinya. Bukan apa, nyai Safiyyah bertamu menemani atuknya yang berkursus seminggu. Perut sedikit terisi kerana tengahari menghadirkan teman makan bersama. Jika tidak, kesibukan harian ditambah kemalasan menapak deretan tangga acapkali menidakkan hak perut ini. Ramuan masakan emak tersayang pastinya sedikit mengubat kerinduan.

Sabtu. 25 April 2009. Tarikh ini kelihatan biasa. Sesetengah mereka menjalani hari dan rutin kebiasaan. Sesetengah yang lain mungkin sedang enak membelek helaian koleksi buku yang terhidang di PWTC. Saya dan keluarga. Ianya agak luar biasa. Petang itu pastinya menghadirkan gerun. Saya gelarkan ia Gertakan Keinsafan!

Petang itu, Safiyyah kelihatan ceria seperti biasa. Hari itu juga, atuk dan neneknya akan melambai pulang. Usai makan tengahari yang agak lewat, ruang tamu sedikit ceria dengan kelibat atuknya yang suka mengusik. Seketika kemudian.

Abi.. eh apesal Safiyyah menggigil gigil ni… ” ujar Ummi cemas.

Bingkas bangun dan melihat wajah insan kesayangan. Jarum waktu terasa seakan berputar pantas. Saya sedikit terkedu. Melihat anak yang seorang itu dalam keadaan kritikal secara tetiba bukanlah suatu yang mahu diundang. Badannya seakan kejung, tangan meronta kesakitan, mata mula menutup  rapat dengan putih mata mula dominan. Jujurnya, ini kali pertama saya berhadapan situasi sebegitu. Kepala ligat memikir.

Abah, start enjin keta bah. Kita gi Hospital. Ummi, lekas salin baju….” dalam tidak keruan itu, pantas tubuh separuh bermaya itu disambar dari tangan umminya.

Terasa sempit.

Baca selawat Ngah, ayat kursi tu… gosok-gosokkan kepalanya..” emak kesayangan bersuara. Sedikit menghadirkan tenang.

Mulut kumat-kamit. Sesekali syahadah mengungkap keluar dari mulut diiringi sesekali dengan salawat. Tubuh kecil yang semakin lemah itu kupeluk erat. Baju yang dipakai kelihatan sedikit basah dengan rembesan air liur anak kecil. Sesekali menggoncang perlahan. Khuatir nafas terhenti. Terngiang-ngiang ayat pesanan Ilahi yang sudah kuhadam lumat lewat usrah yang lalu…

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya” [63:11]

Hatiku bergetar. Toyota VIOS milik abah memecut laju mencelah deretan kereta mencari jalan ke Hospital Pantai. Sesekali kepala anak kecilku urut-urut. Dadanya masih berombak sungguhpun perlahan. Diam. Diam yang mengundang seribu tanya.

Hati kecilku begitu mengharap.

Ya Allah, selamatkan mujahidah kecilku ini. Jadikanlah dia penolong agamaMu kelak ya Allah

mujahidah-abi

Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud !!

Allah. Sungguh kerdil diri ini. Mungkinnya gah di alam dunia namun tiada apa yang termampu dibuat tatkala disua masalah kecil sedemikian rupa.

Bah berhenti depan tu. Kat kecemasan tu

Meluru keluar menuju wad kecemasan. Hati ibu bapa mana yang tidak tersentuh melihat keadaan anak kecilnya seperti itu.

Safiyyah diberikan ubat penurun suhu. Dimandikan untuk meredakan kepanasan badan barangkali. Seketika,esak tangis memenuhi ruang kecemasan. Esak tangis yang biasanya menghadirkan risau sebaliknya kali ini menjanjikan suatu yang positif. Nafas ditarik lega. Reaksi semulajadi yang setidak-tidaknya memberi sedikit khabar gembira.

Alhamdulillah….

Sungguh. Ianya saya gambarkan satu ilustrasi kehidupan yang menguji. Realiti kerdilnya diri. Sungguh. Seseorang harus belajar dari apa yang Allah hadirkan di sekelilingnya. Alangkah ruginya jika pengalaman hidup ditempuh tanpa sebarang ibrah dan pengajaran. Masakan mereka masih mampu berjalan mendabik dada menidakkan hak Tuhan tatkala Tuhan juga yang mereka cari tikamana dihimpit sengsara. Oh. Hinanya.

Apapun. Itu tentang Sabtu yang lepas. Ianya menambahkan aset pengalaman yang saya kumpulkan. Yang pasti, ianya tidak akan sesekali melunturkan semangat juang ini. Bahkan, seharusnya ianya menjadikan saya sekeluarga lebih sabar, cekal dan thabat di atas jalan ini. Tidak ingin rasanya kami tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi lantaran sayang yang tidak bertempat.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi” [63:9]

Dan. Saya rasa pengalaman kali ini adalah antara picisan teknik Tuhan untuk menguji. Pastinya ada khabar gembira menyusul. Sepintas lalu, ayat yang sedang dihafal bermain di benak minda…

Mereka berkata: “Janganlah kamu takut,” dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak). [51:28]

Pada Allah kami panjatkan segala puji kesyukuran dengan ujian dan khabar gembira yang datang. Safiyyah juga sudah kembali ceria. Muga Allah merahmati hidup kami sekeluarga.

jihad-matlamat-kami1 

Allahu’alam
Abu Safiyyah

 

Mujahadah: Akhlak atau hanya retorik berkala ? February 4, 2009

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Tazkirah.
Tags: ,
add a comment

Sketsa 1: Si budak comel

Safiyyah nak pi school dak? Jom kita pakai shoes” ajak saya buat anak comel yang seorang di pagi Isnin yang indah itu.

Bingkas terus si Safiyyah bangkit dari duduk dengan tangan mengenggam erat segumpal kismis yang dibekalkan. Terhoyong ke kanan dan ke kiri mengatur langkah kecil. Seketika masuk ke ruang tamu terus diacahnya kerusi ala jepun. Minta didudukkan. Senang pakai shoes agaknya. Sudahnya, kakinya digoyang sambil mengacu untuk disuakan sepasang kasut merah.

safiyyah-tadika

Semangat si budak comel untuk menyambung sessi tabikanya…

 

Sketsa 2: Zaman Awal Kanak-Kanak

Mak, mana pensil box angah ye, angah dah isi barang-barang baru tadi malamtu“, jerit saya pagi itu.

Hari pertama sekolah. Melangkah masuk ke darjah 6 Kuning dengan semangat yang senantiasa mekar membara. Semangat yang tidak pernah pudar sejak kali  pertama melangkah ke sekolah usang itu 5 tahun yang lalu. Barangkali semangat seorang yang tidak pernah (more…)

28 January 22, 2009

Posted by ibnukhair in Karya Hati, MyUsrah, Tazkirah, Yaumut Taghabun.
Tags: , , ,
6 comments

Ikhwah yang abang kasihi, sebagai orang paling tua dekat sini dan bertambah tua lagi 5 hari, terima kasih kerana berjaya menghadirkan jiwa orang muda dalam diri ini.  Duduk bersama kalian merupakan satu nikmat dan tarbiyyah untuk diri ini. Jiwa pejuang!! InsyaAllah teruskan usaha antum..

Terngiang pesanan abi dalam ucapan penutup sebelum melucutkan jawatan selaku Komanden Kem Jalinan hujung minggu tempohari. Melihat rantaian pemuda berjiwa besar yang pulang dari Aussie, NZ dan Korea sememangnya acapkali mencampakkan bunga-bunga riang di atas jalan dakwah ini.

Abi dah makin klasik! Safiyyah takmo celoteh banyak kali, just nak tulis sajak sikit untuk abi dan untuk kita semua renung-renungkan…. Bacakan ye 🙂

Abi,
Dah 28 tahun dah…
Nabi dah start (more…)

Titik Fitrah January 21, 2009

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Palestinaku, Tazkirah.
Tags: , ,
add a comment

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, penghulu segala Nabi serta buat para sahabat Baginda r.a serta para pengikut mereka sehingga tibanya hari ketentuan kelak.

Berkecimpung dalam ruang legar pendidikan yang berdindingkan makhluk bernama  manusia banyak mengajar saya erti insaniyah.

Print

Mencipta kerangka fizikal robot malah mereka kod bagaimana harusnya robot itu diaktifkan untuk mencapai tujuan tertentu kelihatannya agak kompleks. Namun, bagi mereka yang memperuntukkan masa dan tenaga, pasti sahaja bayangan dan gambaran yang diberikan itu ibarat dongengan tidak berasas. Mengemudi ciptaan yang tiada titik fitrah ini terlalu (more…)

Ramainya !! January 12, 2009

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Palestinaku, Tazkirah, Yaumut Taghabun.
Tags: , ,
6 comments

solat

Eh,ramai juga orang ariniye? Dapat 5 saf  gamaknya“, soal saya mulai bicara.

Biasalahtu Sir. Minggu exam... ” balas seorang siswa yang duduk di sebelah saya usai Dzuhur.

Minggu exam kira minggu solat berjemaah kot erk..” tanya saya lagi bersahaja, sinis…

Pemuda tadi hanya tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Seketika terasa bahu digenggam kemas.

Termenung apatu syeikh?”. Ah, (more…)

Eid Mubarak !! December 9, 2008

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Tazkirah, Umum.
Tags: ,
3 comments

LabbaikAllahumma Labbaik !!

Hari ini, barisan jemaah haji menyahut panggilan Allah SWT, menunaikan wukuf di padang Arafah, salah satu rukun ibadah haji yang mana jika tidak dapat dilaksanakan, makanya sia-sialah akan keberangkatan mereka ke tanah suci pada tahun itu. Amalan memperbanyakkan zikrullah dan memohon keampunan daripada Yang Maha Pencipta terutamanya pada hari ini dan kemudiannya pada hari tasyrik banyak kedapatan dan telah juga disebut dalam Al-Quran,

Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [2:198-199]

.

Bicara tentang Eid Adha pastinya tidak pernah melepaskan kita untuk turut mengenang kisah kurban dan pengorbanan dua insan mulia, Ibrahim dan Ismail alaihissalam. Akan pasti terngiang di (more…)