jump to navigation

Melakar Agenda Bangsa … January 17, 2010

Posted by ibnukhair in Aktivisma.
Tags: , ,
add a comment

Krisis politiking melampau. Di tambah kelibat hedonisma yang mencerut segenap penjuru pemikiran generasi alaf baru. Sesak. Tidak terpandu. Golongan penguasa yang rakus dan rancak mengisi amarah peribadi. Apapun teknik yang diguna pakai, sungguhpun ianya bakal menghambat bangsanya dalam lumut dan lumpur kehinaan tidak lagi dipeduli. Menyedihkan. Lebih jahil jika alasan yang disuakan menghalalkan suatu yang jelas hitam putihnya dalam ruang kerangka syara’. Mungkin tidak kesemua. Tapi, ada kemungkinan kebanyakannya.

tambah perit jika merenung salah satu komposisi sosio masyarakat yang besar jumlahnya. Belia. Ia bahkan sangat menyedihkan. Belia yang lemah jatidirinya terisi dengan hiburan melampau. Ianya kesan tidak langsung para pertama di atas. Pabila hidup terisi dan terarah ke arah memenuhi serakah material, makanya masa depan bangsa digadaikan.  Dan ia jadi lebih parah justeru ianya berkadar langsung dengan jatuh bangun ummah.

Saya tidak bicara upaya bangsa biasa. Saya bicara perihal kamu, Melayu, bangsa tunggak dakwah! Bangsa yang memegang majoriti komposisi kependudukan watan Malaysia. Bangsa yang mulia dengan isi Islam dalam keperibadian akhlak sehariannya. Namun, kini terpecah dek agenda jengkel. Rendah diri dan rasa malu dengan layunya bangsa sendiri. Mengutuk tapi tidak pernah mahu membangun.

Oh, bila saya bicara perihal ini. Mungkin sudah ada bibit bibir mengungkap, hey dia Nasionalis!

Satu lagi kecetekan daya intelek. Bukan salah kita. Tapi mungkin boleh jadi ya jika kita membenarkan diri kita terpengaruh dengan terminologi yang diterapkan oleh penjajah tanpa sebarang kajian mendalam. Justeru, jika kita melihat tokoh ini bilamana beliau diminta mengulas konteks Islam sebagai gaya hidup atau berikan apa sahaja topik bicara, beliau akan mengupas perihal gunapakai terma secara jelas sebelum sedaya upaya mengolah topik pada kadar upaya masyarakat. Kali pertama saya menemukan penulisan beliau, hati saya terpukau. Untuk hidup sezaman dengan beliau dengan kadar olah pemikiran yang menakjubkan sedemikian rupa adalah suatu yang saya kira luar biasa.

Hei, tunggu. Saya tidak cuba memuliakan beliau. Namun, saya mengajak anda menghirup barang secangkir dua dari saranan beliau dalam memperkasakan dakwah dan membumikan kemuliaan agama yang suci di muka bumi ini.

Oh ya. Bagus juga buat mereka yang selalu bertanya, tertanya-tanya ataupun mahu menyuakan sebarang kekeliruan tentang agenda dan halatuju ISMA mahupun pendirian semasa tentang politik setempat. Lagi tepat, untuk mereka yang kedengaran sepertinya menyebarkan informasi yang mengelirukan tentang perihal ini. Alangkah baik juga jika ianya dapat mengumpulkan mereka yang faham, memahami dan baru cuba menelaah agenda islah yang menjadi prinsip perubahan yang terbuku dalam makalah tulisan tokoh mujaddid ini.

Saya dengan rasa rendah dirinya mengajak anda ke Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna: Melakar Agenda Bangsa tanggal 30 Januari 2009 ini bertempat di Dewan Sri Sarjana, UNITEN Bangi. Jika anda orang Melaka, bolehlah kontek saya untuk urusan pengangkutan. Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut

http://kobanna.ismaweb.net
http://www.ismamelaka.com

Dakwah ini kita pikul bersama!

Allahu’alam
A.S

Advertisements

Will I.. ? January 10, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah.
Tags: ,
2 comments

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa ‘ala alhi wasohbihi wasallam.

I had still remembered that jaulah. Listening to Dr. Z’s inspiring speech will never make me start blinking. Suddenly, his eyes felt upon me. 180 degree. Perpendicular.

“Abang Khair pun surely one day will be a Dr.. Get his doctorate. Kita kena jadi pikar dalam bidang masing-masing..”

That hope strike my heart! Kho Ya Gho is equivalent to The Best! And yes, as a musleem you are going to be the best among the best no matter what profession you are now in. Striving harder every secs you have.

Now…

Will I or will not I?

As a full-time Muslim, I had did my very best, although surely there will always something better or room for improvement. Hence, to Allah I seek for assistance. May Allah grant His Rahmah should this effort make this deen spread all over the world especially to the other side of this semi-sphere world. Otherwise, may Allah make me redha to his planning. After all, Allah is the best planner!

Only to Allah I made full submission and to Allah did I seek for assistance.

‘Ala Kulli hal…

Allahul Musta’an
A.S
O.U bound.. ameen.

KASBI 09: Buat Mereka Yang Mahu Berfikir .. December 27, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
3 comments

Bismillahi Walhamdulillah …

Rafak takzim buat Tuhan pemilik jiwa ini. Salam selawat buat Baginda junjungan SAW.

Kesibukan yang memakan tenaga dan masa. Sudah lama ingin menukilkan sedikit perkongsian pengalaman. Ceritera anak muda yang sudah lama tidak mengenakan but emasnya. Perjalanan hidup yang panjang ini pasti menemukan kita dengan tetingkap yang senantiasa terbuka dengan ma’nawi (makna-makna) tarbiyyah. Ianya adalah kesempatan yang diberikan buat diri ini mengutip sedikit pemerhatian untuk dikongsikan atau setidaknya untuk bekalan diri menempuh liku dakwah yang panjang. Berikut merupakan sedikit analisa picisan yang telah saya tuliskan sehabisnya Karnival Sukan Belia Nasional 2009 (KASBI 09). Dimurnikan sedikit ayatnya untuk tatapan umum.

KASBI 09 yang penuh warna-warni menutup tirai dengan pelbagai pengajaran bagi mereka yang tidak pernah jemu mengutip mutiara hidup untuk bekalan di hari mendatang. Alhamdulillah, saya diamanahkan membawa pergi dan pulang panji Kontinjen Melaka. Mungkinnya cabaran yang terhidang banyak kurangnya dari pemegang panji badar. Namun, cukuplah untuk saya rasakan ianya suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh jiddiyah dan rasa ketaqwaan.Alhamdulillah, Kontinjen Melaka pulang dengan 3 kejuaraan di samping kenangan manis yang pelbagai.

Mari kita lihat sejenak apa yang berlaku di sebalik kejayaan merangkul Kejuaraan Kesuluruhan KASBI 2009.

Petronas TA – Blessing in Disguise?

Petronas memasuki fasa yang mereka berikan gelaran Turnaround atau ringkasnya TA. Kebanyakan AJK PEMBINA Melaka merupakan Jurutera yang terlibat. Kerja setiap hari selama 12 jam samada shift malam ataupun siang. Dengan hampir lebih separuh tenaga AJK PEMBINA terguna di lapangan kerja, ahli mesyuarat PEMBINA Melaka hampir-hampir tidak tahu sejauh mana kekuatan kontinjen dengan senarai para pemain kelihatan samar-samar. Pasukan apa yang ingin dihantar pun masih tidak tahu.

Kelibat pertahanan kental seperti Bro. Sa (more…)

Uswah Khairah December 18, 2009

Posted by ibnukhair in MyUsrah.
Tags: ,
5 comments

Assalamu’alaikum Warohmatullah

Rafak ta’zim dan kehambaan buat Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam buat Baginda junjungan SAW dan mereka yang terusan komited dengan jalan hidup yang diajari Baginda SAW.

Uswah Khairah…

Ahlan. Selamat berhijrah dari alam kandungan ummimu ke alam dunia yang penuh rona dan liku. Abi, ummi dan akak Safiyyah mendo’akan yang terbaik buat kamu. Muga-muga Allah memberikan kamu jagaan yang terbaik..

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu suri teladan (contoh ikutan) Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [60:6]

Uswah Khairah,

Contoh ikutan terbaik! Begitulah do’a kami sebagai melaksanakan antara tanggungjawab utama ke atas kamu. Jauh di sudut hati, senantiasa terungkap kalimah doa dan harap agar kamu membesar sebagai seorang pejuang agama yang mampu memberikan suri teladan yang kelaknya mengesani pola persekitaranmu kepada kehambaan total kepada yang Hak.

Uswah Khairah,

Di atas bahumu kami letakkan harapan agar kamu membesar dalam belaian agama. Duhai anakku, lengkapkanlah dirimu dengan suluhan Al-Quran dan gemerlapan kehidupan Baginda Muhammad SAW yang kita kasihi. InsyaAllah, abi dan ummi akan senantiasa di sisimu… membesarkan kamu dengan penuh kasih sayang sehingga kamu memiliki ciri-ciri wanita Muslim yang komited pada suruhan Allah dan Rasulnya.

Uswah Khairah,

Abi dan Ummi mendo’akan agar kamu membenarkan doa yang tertera pada namamu. Ingatlah duhai anakku. Massa menantikan contoh terbaik untuk mereka teladani. Nah! Inilah peluangmu untuk kamu bawakan kepada mereka solusi yang diajari Islam. Mudah-mudahan, pada kamu terpancar cetakan Allah dalam segenap percakapan, penulisan dan perwatakanmu. Muga kamu punyai izzah untuk terus menjadi yang terbaik. Sesungguhnya, untuk menjadi yang terbaik, harusnya kamu patuhi dan tunaikan tanggungjawabmu kepada Rabb yang menjadikanmu. Dialah Tuhan yang Maha Esa. Memilih untuk menjadi yang sebaliknya pastinya satu tindakan yang tidak bijak dan di luar kewarasan manusia.

O Allah, kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan.

Moga Kau jadikan kami hambamu yang soleh wa musleh. Tikamana kami mengabaikan perintahMu, maka perbetulkanlah langkah kami dan tunjukkanlah jalan yang benar.

O Allah, jadikanlah pada kami suri teladan yang sempurna buat contoh kepada hambaMu yang lain. Jadikanlah dari kami keturunan pejuang agamamu silih berganti. Golongkanlah kami di antara mereka yang menikmati syaheed di penghujung jalan kehidupan.

O Allah, selamatkanlah kami dan ahli keluarga kami dari marak Jahannam, dan berikanlah kami nikmat al-Firdausimu.

Buat sekalian pengunjung tateh ibnukhair, mengumumkan ko-editor yang baru, Uswah Khairah Binti Khair Razlan!

Salam Hijrah!

Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah!
A.S and U.S
SKKR
UKKR

Alhamdulillah December 7, 2009

Posted by ibnukhair in MyUsrah.
Tags: , ,
7 comments

Tahniah akhi 🙂 ….  Mabruk ya akhi, muga mujahidah yang lahir menjadi bidadari besi dan benteng ad-deen….  Mabruk sheikh! Semoga besar jadi mujahidah dakwah yagn sejati… Tahniah, semuga bertambah rezeki hendaknya… Tahniah atas kelahiran puteri kedua abi dan umie Safiyyah. Semoga seluruh family sejahtera dan dilindungiNya selalu… Alhamdulillah tahniah abang! …. ALhamdulillah.. semuga bertambah bahagia…  Mabruk atas kelahiran mujahidah baru. Moga perlindugan dan rahmat Allah bersama anak tersebut dan enta sekeluarga… Tahniah, semoga membesar menjadi mujahidah dakwah…  Mabruk, moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut terus berbakti kepada mu… Tahniah! Moga menjadi anak yang solehah… Alfu mabruk, moga menjadi penyejuk mata ummi dan abi… Burika lakum fil mauludah wa syakartum al-Wahib wa ruziqtum birraha… Tahniah akhi, moga menjadi mujahidah solehah… Tahniah, moga dididik menjadi pewaris dakwah kita… Congrat bro! Mabruk! Alhamdulillah, lahir lagi seorang pejuang!!

Alhamdulillah.  Selayaknya pujian buat Tuhan yang Empunya segala perbendaharaan, baik yang bernyawa mahupun tidak. Alhamdulillah, Safiyyah dah jadi akak tanggal 07-12-2009 jam 09:18 pagi tadi. Comel tak adik kita 🙂 Jazakumullahu Khair al-Jaza’ buat semua ammu dan achik yang mendoakan adik kita dan kita sekeluarga. Moga Allah membalas yang setimpal buat ammu dan achik sekalian.

Ada yang tanya nama.. Hah sobar ye… Kita tunggu hari yang ketujuh. Sunnah la ammu 😉

Cay laa.. penat melayan adik. Doakan ummi kita lekas sembuh ye. Cian kat ummi.. Haa, kengkawan yang nenakal kat luar tu, tak baik tau, sian kat ummi=ummi kita tau masa ngandung dan lahirkan kita.. So, kenalah kita jadi budak solehah… Hehe..

Okay kengkawan tido dulu.

Salam perjuangan,
SKKR (Will it be my last signature before adik take over.. :O )

Dedikasi untuk Ummiku sayang… Ingatan buat diriku. November 27, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Tazkirah.
Tags: ,
2 comments

Salamun’alaikum semua…

Allahu akbar wa lillahil hamd.. Eid mubarak. Kullu ‘am wa antum bi khair. Safiyyah sekeluarga mendoakan agar barisan pejuang di jalan Allah make it a little newborn, makcik kantin, pakcik sapu jalan, ammu pam minyak, achik jaga kaunter resepsi, atok yang berkorban di perbatasan dan nenek yang menanti kepulangan cucunya agar senantiasa istiqamah dalam memberikan pengorbanan terbaik buat ummah ini.

Dari izzah seorang dai’e, Safiyyah katakan bahawa diri ummah seluruhnya lebih kami cintai dari diri kami..

As lama Safiyyah tak berceloteh.. so sikit-sikit dulu la deh.. Laa ni celik dari tidur, balik dari taska Safiyyah dok  layan siri video Islami ni.. nak dedikasi untuk adik 😉

Hmm.. as the topics says, tahniah buat Ummi. Rezeki adik agaknya. Rezeki Safiyyah last time, ummi dapat pindah duduk ngan abi ;). Allah dah cipta rezeki pelbagai untuk kita. Kita je yang terkadang rasa tak pernah cukup. Then, menjadikan kita kurang bersyukur.. Huhu. Apapun terngiang ayat yang abi sedang duk refresh laa ni. Muga ianya tak jadikan kita insan yang makin lupa akan tanggungjawab kewujudan kita ya ummi…

atau siapa Dia Yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). [QS 67:21]

Ummi..

Allah kasi 44 dan Allah uji dengan pizza… Kita tunggu pizza kat syurga lah mi ya 😀 Mesti Allah kasik topping kaw-kaw punya.. Tak sabor! InsyaAllah adik faham tu..

Kepada Allah jua selayaknya pujian..

Salam dari perantauan,

SKKR
Eid Adha  1430H

 

 

 

Memoir Da’wah I November 13, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Jalan Da'wah.
Tags: , ,
6 comments

Peserta terbaik Mukhayyam ISMA Zon Selatan kali ini bagi tahun 2009 dengan tema “jiddiyah” adalah kapten bola kita semalam, merangkap ketua pasukan at-Tajarrud..” umum Kem Komandan bersama, al-akh Arif.

Telingaku cuba menangkap kemas. Punggung yang baru hendak dilabuhkan setelah pulang dari mendapatkan hadiah kumpulan kedua terbaik sepanjang perkhemahan kali ini hampir saja tersasar dari tapak tujunya.

Pemilihan kali ini berdasarkan “jiddiyah” yang ditunjukkan oleh kapten kita, sungguhpun diberikan team separuh kuyu, beliau tetap berusaha keras di atas padang.. ” pandai sungguh Arif mengatur kata. Entah ya entah tidak.

Di jemput akh Khair untuk menerima sedikit buah tangan..” ujar Arif makin bersemangat.

Bola Mukhayyam ISMA Zon Selatan

Rasa Kerdil

Jiddiyah = Kesungguhan = Keseriusan = Kerja sampai nak ‘mati’. Anugerah bukan untuk dikecapi. Bahkan untuk diteladani. Anugerah bukan untuk dijaja tetapi ianya lebih kepada seruan agar lebih bertanggungjawab.

Saya merasa begitu kerdil. Masakan bisa dianugerah satu memoir yang bermakna di hadapan barisan murobbi yang bukan calang-calang hebatnya. Ada yang bakal mencecah 50-an tapi lagak di padang tempur gaya Laksamana belasan tahun. Masih ramai yang lebih layak. Ada yang sudah beranak 13, namun fokusnya tidak sedikitpun lari dari as-solah dakwah. Justeru, saya kejapkan pijak di bumi yang nyata.

Realitikan !

Sepanjang jalan pulang, fikiran menerawang jauh. Pengumuman Arif tatkala Mukhayyam melabuh tirai adalah satu amanah. Sukar justeru perlukan kesungguhan. Sikap bermalas harus ditolak jauh. Tidur yang panjang harus dikejut. Motivasi harus terus utuh. Tarbiyyah dzattiyyah perlu cepat diposisikan setepat dan sepantas yang mungkin dalam keperibadian harian. Orang putih kata “Live up to expectation!

Jiddiyah dalam arena dakwah harusnya menuntut kerahan tenaga yang tersusun. Kerja di ofis dengan perancangan kedoktoran yang masih belum selesai perlu seimbang dengan lajunya derap tapakan di atas jalan dakwah. Biah sekitar rumah tangga yang sudah menjejak usia 3 tahun harus juga mendapat perhatian secukupnya. Apatahlagi dengan si kecil yang semakin petah bicaranya dan keahlian yang akan semakin bertambah sedikit masa lagi. Tawazun dalam kesungguhan.

Saya lebih terpandu. Ini barangkali yang orang dulu-dulu katakan sebagai blessing in disguise.

Mukhayyam ISMA ZOn Selatan

Petanda Baik

Adanya yang terbaik tidak memaknakan yang lain tidak bermutu. Saya lebih cenderung menggambarkan bahawa di sana ada si nombor dua dan yang lainnya menolak begitu kuat. Menjadikan persaingan lebih sihat. Benar, kita tidak menginginkan sebarang penghargaan untuk memartabatkan kembali kemuliaan dakwah ini, namun di sana ada ibrah yang wajar disyukuri.

Budaya menunggu. Budaya biar orang lain buat dulu. Budaya berpada dengan apa yang ada. Budaya asalkan buat. Ini budaya yang mungkinnya budaya kita dan harusnya kita ikhtiarkan penyisihannya dari kamus hidup. Sudah lupakah kita ungkapan keramat,

“Tiada ithar (mementingkan saudara) dalam perkara soleh!”

Saya jujurnya mengharapkan ianya bukan retorik. Ianya menggambarkan sekumpulan masyarakat dakwah yang faham erti kesungguhan dalam pengorbanan. Saya positif. Saya yakin bahawa yang lain punyai jiddiyah yang bahkan lebih dari diri kecil ini. Nah. Kiranya ini berlaku pada semua da’ie, tidakkah ini suatu sisi pandang yang wajar disyukuri?

Muhasabah

Ini bukan hanya satu lagi dari deretan cerita perihal si dai’e kaki bola. Ia perihal susuk tubuh yang senantiasa inginkan kemuliaan dalam perjuangan. Ianya darah pejuang dan roh baru yang mengalir dalam diri. Dihambur dengan penuh kasih sayang untuk dinikmati. Aura kesungguhan, percikan imani yang ingin dikongsi.

Ayuh para dai’e. Paradigma bermalasan buangkan jauh. Usah diambil enteng perihal kecil biarpun ianya sudah sinonim dengan kehidupan. Biar sekecil manapun ia pada pandangan manusia, bisa sahaja ia menjadi besar di hadapan Rabbul Izaati barakah jiddiyah yang tertanam utuh. Tunggu apa lagi?

Terus Jiddiyah,
A.S.

Dare to Hope … October 23, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
9 comments

Sudah seminggu berlalu..

titikMasih jelas dalam ulang tayang kotak minda perihal seorang lelaki muda. Ianya kisah hari Jumaat yang lalu. Lebih spesifik, ianya gambaran kefahaman yang sahih tentang isi cetak al-Quran al-Kareem.

Dia bukan pemuda Melayu yang biasa saya kenali. Malahan, susur galur keturunannya bernoktahkan singh. Saya mengenali pemuda ini lewat Ramadhan yang lalu. Mengucap syahadah tika Ramadhan mula menjenguk, awal 6 hari. Ada pemandangan yang begitu menarik hati saya. Tatkala azan panggilan orang mukmin berkemundang di hari Jumaat, tikamana orang-orang yang kulitnya sama warna dengan saya masih mampu berlenggang kangkong, malah ada yang masih terselit puntung di bibirnya, beliau saya lihat sungguh istimewa. Beliau berlari !! Dan beliau berlari dengan sesungguhnya!

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Saya sempat menegurnya Rabu yang lalu. Tika kami selisih dan bersama mengayun langkah ke Majlis Jamuan Raya. Majlis yang sepatutnya bermula jam 12 akhirnya hanya bermula jam 1250. Al maklum lah, saudara lebih faham dari saya. Justeru, kiranya anda orang yang berada di atas dalam mana-mana organisasi, maka tugas lebih berat. Contoh perlu ditunjuk dalam alam realitas. Sepanjang menunggu kami berborak rancak. Saya cuba mengorek rahsia.

“Brother, I just wondering lah… Why people don’t want come to masjid. Masjid besar, luas.. and tenang.. Bukankah, when azan kita kena stop semua kerja kita dan pergi ke masjid?”

Saya terkedu.

“Brother, I dare to hope and keep hoping that a born Muslim like me would have the level of understanding such as yours…”

Sejurus majlis bermula, kami cepat-cepat mengambil makanan. Dzuhur mengintai.

“Brother, I see you in masjid cay”

“Err..”

Saya melihat dia hanya mengambil 5 cucuk sate dan terus bergegas ke masjid. Saya masih ada beberapa potong nasi impit dan seketul ayam untuk dihabiskan. Ah, silap sendiri. Semangat dan kefahaman yang harus dicemburui. Saya melajukan kunyahan.

Saya mendo’akan agar saudara baru saya ini istiqamah. Memeluk Islam setelah mengkaji dalam dan kini berusaha memahamkan ahli keluarganya. Saya jujurnya berharap saya dan para pembaca dapat mencontohi beliau. Baru belajar tidak menjadikan beliau kurang faham dari orang yang sudah separuh abad membawa IC bercopkan Islam. Kesungguhan menterjemahkan isi Quran itu yang akhirnya menentukan timbangan akhirat kita.

Hari itu. Ianya berakhir dengan berduyun manusia sawo matang berbaris merebut nikmat sate dan lontong sedangkan rahmat Allah hanya  mampu menggiurkan satu saff manusia. Itupun boleh jadi cukup kiraan jari tangan dan kaki barangkali.  Namun, saya masih berharap dan akan terus berharap.

Wassalam,

Salam Jum’atil Mubarakah,

A.S.

$pkš‰r¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) š”ÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó™$$sù 4’n<Î) ̍ø.ό «!$# (#râ‘sŒur yìø‹t7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ

Allahu al-Musta’an October 17, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, MyUsrah.
Tags: ,
2 comments

Safiyyah Family Ramadhan 1430HSajak 2 tahun 1430H

Muka depan pembalut cekedis untuk rakan sepermainan. Moga do’a mereka membuka bahagia di hari mendatang. Sedang berkira-kira banyak perkara. Beriman bahawa Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.

Takdir Milik-Nya, Usaha Kita Punya

“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon kebaikan dengan ilmuMu dan memohon kekuatan dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

Ya Allah permudahkan masa yang mendatang buat kami sekeluarga. Moga umur yang diberi penuh dalam barakah. Ameen.

Allahul Musta’an,
SKKR.


Promosi Seumur Hidup October 2, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Celoteh.
Tags: ,
add a comment

Ini bukan cerita promosi perabot. Hari raya dah masuk minggu kedua. Juga bukan promosi tiket kapal terbang AirAsia ke Old Trafford. Ia cerita pembugaran dan rejuvenasi kehidupan.

Sketsa Pagi Sabtu

“Ummi bawak plastik apa tu?”

“Ni haa.. ambikkan belon tuk Safiyyah. Tumix buat promosi, bagi perencah ajinomoto sekali ni”

“Bukan ke ajinomoto termasuk dalam barangan yang kita boikot?”

“….”

“Hmm.. dia nak promosi lah tu. Biasalah, mesti rugi banyak dah kene boikot. Nak kasi nama up balik, kenelah bagi percuma.. “

“Samalah apa-apa produk lain pon yang. Maggi, Bata, Colgate, Pampers… walaupon generasi seperti kita dah kenal dan melekat dah kat kepala sejak kecik lagi, belum semestinya generasi muda macam Safiyyah akan terus kenal produk produk tu. Kena selalu dan terusan dibuat promosi dan iklan. TV, media cetak dan sebagainya.”

“Kalau tak, boleh bungkus bisnes dibuatnya.”

Itu ceritera Sabtu lepas. Usai berbelanja barangan dapur untuk resepi rumah separa terbuka, kami berbual seperti biasanya. Dan seperti lazimnya, kehidupan yang berlalu pantas di depan mata harus disaling kaitkan dengan bisikan ruhiyyah. Kacamata agama pendeknya. Agar ia membekas kekal. Terpasak dalam akarnya, mengesani dan mempengaruhi lagak seharian.

Promosi Beragama dalam Kehidupan

Alaa.. abang Ngah dah besau panjang maknya. Dah masuk U pun. Takda apa nak dirisaukan lah. Pandailah dia jaga diri tu….

Sepertinya pernah didengar klise di atas. Bujukan si abah. Harapan dan kepercayaan menggunung yang dibahukan kepada anak kesayangan. Pun begitu, kepercayaan yang sedemikian kerap bertukar menjadi rengusan tak sudah. Didikan beragama yang seolah terhenti pada satu ketika mungkinnya kelak kan memakan diri. Saya kerap berhadapan kes seperti ini. Siswa yang kononnya sudah bijak mengatur urus kehidupan. Akhirnya tertewas kerana putusnya tarbiyah keTuhanan. Menyangka diri sudah mendap dan tepu dengan ilmu agama menjadikan mereka bersahaja dalam aspek keazaman memperbaiki diri setiap masa.

Abi, Jangan Lupa Tarbiyyah Kita Tau

Abi, Jangan Lupa Tarbiyyah Kita Tau

Hal ini tidak terkecuali buat sang dai’e. Agak dangkal meletakkan sangkaan anak-anak kita mampu terus thabat dalam jalan ini tanpa pantauan yang menyeluruh. Panji da’wah harus terus mapan berkibar dan seharusnya dipastikan semakin tinggi. Justeru, anak-anak kita ini tidak harus jemu ditarbiyyah selagi nyawa dikandung badan.

Kerisauan saya singgah tatkala melihat mutu pemuda pemudi Islam yang semakin sirna. Tragiknya, pabila melihat ayah berketayap putih dan ibu bertudung labuh. Masakan cetakan anaknya sedemikian rupa. Justeru, buat ibu dan ayah di luar sana, nasihat saya teruskanlah mengesani anak kita sehingga salah seorang di antara kita mendapat panggilanNya. Kerapkan, laburkanlah barang sesen dua menelefon anak mahupun ziarah bertanya khabar.Ia tidak sahaja untuk anak-anak, bahkan dalam konteks lebih luas meliputi timbal balik suami isteri, majikan dan pekerja, anak dan ibubapa.

Kita punya Harapan Besar

نُرِيْدُ دُعَاةَ مُسْلِمِيْن لَا مُسْلِمِيْن فَقَط

Kita mahu menjadi du’at (pendakwah) untuk orang Islam bukan menjadi orang Islam sahaja

Kita punya mimpi indah. Ingin melihat sinar Islam menerangi alam. Ini bukan cerita dongeng. Ia suatu kepastian yang dijanjikan. Makanya, kerjanya pasti menuntut komitmen yang tinggi dan tiada kesudahan. Sambung bersambung merentas generasi. Kita bukan memasarkan produk biasa. Kita punya jenama yang amat hebat cetakannya.

Promosi Islam tidak akan terhenti setakat tarbiyyah kendiri.
Promosi Islam tidak pula melambat tatkala rumahtangga Islam sudah tegak berdiri.
Tidak juga promosi ini terhenti tatkala masyarakat sudah mula memerhati simpati.
Perlu terus diperhebat tatkala khilafah sudah kukuh berpaksi.
Nah, jangan dilupa tatkala puas hati memamah diri, pastikan tragedi lama berulang kembali.

Ayuh sahabat yang saya kasihi, hidupkan promosi ke arah amal Islami tanpa mengira sempadan masa, geografi, dan generasi. Makin hebat si penjual, makin hebat penerimaannya. Bahu membahu, kukuhkan saf… ayuh kita martabatkan kembali produk ini kembali ke tangga asalnya.

Al-Islam Huwal Hal !!

Wassalam,
A.S.