jump to navigation

Pertarungan Sudah Bermula.. [Ep.1 – Muhasabah] February 20, 2010

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Tarbiyyah, Tazkirah.
Tags: , ,
3 comments

Projes Penjinakan

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga jiwa merdeka seorang Muslim yang sedar setiap detik hidupnya diwakafkan untuk memerangi agenda tersusun puak kuffar. Mengenali perilaku dan sifat agen jahiliyah membolehkan kewaspadaan maksima sang Muslim. Hakikatnya, pertarungan ini telahpun bermula sejak zaman Adam a.s dan kini keluar dengan pelbagai jenama yang begitu lunak malah menusuk lebih dalam ke dalam urat hati. Syeikh Ar-Rasyid menukilkan seni penjinakan yang keji ini dalam al-Muntalaq dengan bait kata indah.

merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’[1]
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”[2]

Lebih tegas, penyair tersohor, Syeikh Muhammad Iqbal menyelar si anak kijang yang menyorok ketakutan dengan pusinya.

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa
agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.[3]

Penjenamaan pelbagai sentimen dan isu menjadikan anak-anak Muslim mengiyakan dalam diam. Individualistik, materialistik, hedonisme, feminisma, hak sama rata dan sebagainya. Mereka diajar untuk lena dalam putaran hidup belajar-konvo-kerja senang-beli rumah-tambah (more…)